My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Kementerian Kewangan lancar BI1M

Aminuddin HASSIM (dua dari kiri) beramah mesra dengan peserta AMINUDDIN HASSIM (dua dari kiri) beramah mesra dengan peserta Bahasa Inggeris 1Malaysia dalam majlis perasmian program tersebut di Perpustakaan 1Wilayah Pantai Dalam, Kuala Lumpur, semalam. utusan/Hafiz Johari

KUALA LUMPUR 7 April – Kementerian Kewangan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Sols 24/7 hari ini melancarkan Program Bahasa Inggeris 1 Malaysia (BI1M) bagi meningkatkan penguasaan bahasa perniagaan itu khususnya untuk kumpulan 40 terbawah (B40).

Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, Dr. Aminuddin Hassim berkata, program yang dijalankan di 17 lokasi Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) seluruh negara itu diberikan secara percuma tanpa mengira had umur.

“Kita menyasarkan seramai 3,400 orang akan mendapat manfaat daripada program ini sepanjang lima bulan dijalankan dan mereka yang berminat boleh mendaftar secara atas talian atau terus ke pusat-pusat ini.

“Tujuan utama program ini bukanlah untuk mereka mahir dalam bahasa Inggeris tetapi sekurang-kurangnya dapat memahami dan berinteraksi dengan yakin menggunakan bahasa Inggeris,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program BI1M di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengasas Sols 24/7, S. R. Raj.

Menurut Aminuddin, masalah berkomunikasi menggunakan bahasa Inggeris yang dihadapi kebanyakan usahawan kecil dan baharu terutamanya generasi muda di Malaysia membimbangkan dan harus diberi perhatian.

“Kementerian telah menjelajah ke seluruh negara termasuk di pedalaman untuk berinteraksi dan menyelami masalah usahawan baharu dan kita lihat kekangan komunikasi menjadi salah satu penghalang untuk mereka maju setapak ke hadapan.

“Di samping meningkatkan ekonomi masyarakat melalui keusahawanan, kita juga menyasarkan untuk meningkatkan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (SME) kepada negara iaitu 41 peratus menjelang 2020 berbanding 33 peratus sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Raj berkata, peserta akan diberikan sijil penyertaan program dan berpeluang untuk melanjutkan pengajian bahasa Inggeris di bawah kursus Cambridge English daripada Universiti Cambridge.

“Mereka yang berhasrat menyambung pembelajaran penguasaan bahasa Inggeris selepas tamat program ini boleh melakukan sedemikian dengan kadar subsidi yang lebih murah berbanding di luar,” katanya

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: