My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Sekolah di Perlis, Jerantut, Temerloh tutup hari ini

a

KUALA LUMPUR 10 April – Semua sekolah di Perlis, daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang akan ditutup selama satu hari esok.

Menurut satu kenyataan Kementerian Pendidikan, penutupan itu adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas sedang berlaku.

Kata kenyataan itu, berdasarkan pemantauan terhadap cuaca kering dan panas yang sedang melanda negara, Perlis, daerah Jerantut dan Temerloh telah mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius pada satu-satu masa setiap hari melebihi 72 jam.

“Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 259 buah sekolah iaitu 68 buah sekolah menengah dan 191 buah sekolah rendah.

“Jumlah murid yang terlibat adalah seramai 97,533 iaitu 91,862 orang murid sekolah menengah dan rendah serta seramai 5,671 orang murid prasekolah,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memberitahu, penutupan sekolah tersebut hanya me­libatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja dan tidak perlu diganti.

“Operasi pentadbiran sekolah kecuali aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) murid hendaklah berjalan seperti biasa.

“Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah hadir ke sekolah seperti biasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti mesyua­rat, merancang PdP termasuklah tugas-tugas rutin yang tidak melibatkan murid-murid,” jelasnya.

Tambah kenyataan itu, Jabatan Pendidikan Perlis dan Pahang perlu memantau bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan itu.

“Kementerian akan memaklumkan dari semasa ke semasa terhadap sebarang perubahan berkaitan fenomena tersebut,” katanya

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: