My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Pembelajaran pintar di taska

 Idris Jusoh (berdiri, tiga dari kiri) bersama Lee Sang Hoon (dua dari kiri) dan Zaini Ujang (kiri) bergambar dengan para guru dan ibu bapa selepas melancarkan program pembelajaran pintar dan menyeronokkan di Taska Permata Puspanita Kementerian Pendidikan Tinggi di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 11 April – Kementerian Pendidikan Tinggi telah mewujudkan konsep baharu pengajaran dan pembelajaran berasaskan pem­belajaran pintar secara dalam talian untuk kanak-kanak, iaitu yang pertama seumpamanya, di pusat asuhan Taska Permata Puspanita (Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia) di kementerian itu.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kanak-kanak yang berusia antara empat dan enam tahun yang diasuh di taman asuhan kanak-kanak (taska) itu akan memulakan pengajian menggunakan kaedah kemahiran berfikir secara interaktif dan berbentuk per­­ma­inan mengikut kokurikulum Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Permata).
Menurutnya, konsep baharu yang dikendalikan Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCRDC), Universiti Pendi­dikan Sultan Idris (UPSI) itu merupakan hasil kerjasama Samsung Malaysia Electronics (Samsung) dan kementeriannya.
“Taska ini sekarang mempunyai sebanyak 30 buah tablet jenama Samsung dan sebuah televisyen pintar sumbangan Samsung yang akan digunakan oleh kanak-kanak dan tenaga pengajar untuk pem­belajaran mereka.
“Saya mahu taska ini menjadi pusat asuhan terbaik meman­dangkan ia ditempatkan di kementerian ini, maka kita menggunakan segala kepakaran tenaga kakita­ngan di bawah kementerian untuk menghasilkan generasi yang pintar teknologi,” katanya selepas melancarkan taska pembelajaran pintar dan menyeronokkan di kementeriannya di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang; Presiden Samsung, Lee Sang Hoon dan Pengarah Bahagian Korporat Samsung Malaysia, Datuk Roh Jae Yeoi.
Taska Permata Puspanita di kementerian itu dipilih oleh NCDRC untuk dinaik taraf sebagai pusat pembelajaran pintar mengikut konsep perkembangan kanak-kanak di negara ini.
Idris berkata, antara perkara yang menarik dibangunkan oleh NCDRC untuk pengajian kanak-kanak di taska itu adalah menghasilkan buku cerita kanak-kanak Upin dan Ipin dalam bentuk digital yang boleh dimuat turun oleh orang ramai dalam tempoh satu malam sahaja berbanding sebelum ini tempoh cetakannya untuk jumlah jilid tertentu mengambil masa selama setahun.

Tambahnya, untuk mencapai matlamat pengajaran pintar di taska itu, semua tenaga pengajar dan pengasuhnya diberi latihan khusus oleh NCDRC.
Beliau percaya, kanak-kanak di taska tersebut berpotensi mendapat kaedah pengajaran yang cemerlang berbanding sebelum ini memandangkan kaedah atau metodologi yang digunakan oleh NCDRC itu telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.
“Taska itu juga akan menggunakan beberapa lagi aplikasi lain yang dibina bersesuaian untuk standard usia kanak-kanak di taska itu oleh NCDRC di pusat analisis mereka di UPSI,” katanya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: