My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Orang Asli masih tercicir dalam pendidikan

Yazid  Beram (duduk, lima dari kanan) bergambar bersama para peserta Yazid Beram (duduk, lima dari kanan) bergambar bersama para peserta program Pendidikan Sepanjang Hayat di Kampung Orang Asli Segamat Kecil, Segamat, semalam. utusan/Mohamad Sari

SEGAMAT 2 Mei – Masih ada anak-anak Orang Asli di daerah ini tidak menyambung pelajaran ke sekolah menengah walaupun pelbagai usaha dilakukan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Pegawai Jakoa Segamat, Yazid Beram berkata, dalam hal ini ibu ba­pa harus memainkan peranan dan tanggungjawab memastikan anak-anak dihantar ke sekolah menengah sekali gus mengelakkan mereka tercicir daripada pendidikan.

“Faktor jarak jauh antara rumah ke sekolah bukan alasan bagi masyarakat Orang Asli untuk tidak ke sekolah. Ibu bapa juga seharusnya menyedari segala kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.

“Jakoa sedia bekerjasama dengan institusi pendidikan dan pengajian tinggi bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa Orang Asli di daerah ini tentang pentingnya pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ber­ucap merasmikan program Pen­didikan Sepanjang Hayat anjuran Jakoa Segamat dan RISDA Plantation Sdn. Bhd. di Balai Raya Kampung Orang Asli Segamat Kecil, dekat sini hari ini.

Yazid berkata, kerjasama menerusi usa­ha itu juga untuk menggalakkan anak-anak Orang Asli mempunyai minat yang tinggi dalam menuntut ilmu bermula dari sekolah rendah dan semangat tersebut diteruskan hingga ke sekolah menengah.

Mengenai jarak sekolah jauh dari kampung tersebut hingga mengakibatkan anak-anak Orang Asli tidak meneruskan pelajaran ke sekolah menengah, beliau berkata, kewujudan jalan pintas Felda Redong-Selancar dilihat dapat menyelesaikan masalah itu.

Beliau amat berharap masalah keciciran pelajar yang dihadapi golo­ngan tersebut sebelum ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

“Selain faktor peribadi, masalah ini juga (jarak antara sekolah dan rumah) menyebabkan anak-anak Orang Asli di sini enggan meneruskan persekolahan mereka di peringkat menengah selepas tamat bersekolah rendah dan sebab itu kami mahu mengubah ke­adaan ini,” ujarnya.

Beliau juga mencadangkan anak-anak Orang Asli di daerah ini yang sudah berjaya sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya supaya dapat membantu dengan memberi motivasi serta semangat kepada generasi baharu di kampung masing-masing.

“Selain itu, bilangan Orang Asli berketurunan Jakun di kawasan ini juga semakin bertambah iaitu ketika ini terdapat kira-kira 160 keluarga melibatkan 670 isi rumah.

Daripada jumlah itu, sebanyak 30 keluarga dengan isi rumah 150 orang adalah beragama Islam,” katanya

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: