183 sekolah baharu di Sarawak guna IBS

BETONG: Sebanyak 183 sekolah baharu menggunakan kaedah sistem binaan berindustri (IBS) dijangka disiapkan di seluruh Sarawak dalam tempoh enam hingga tujuh tahun akan datang. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, memberi jaminan itu dengan mengambil kira kepentingan pembangunan fizikal dan insan bagi generasi muda. “Banyak sekolah daif di Sarawak. Terdapat bangunan sekolah yang lama, malah ada wakil rakyat beritahu saya sekolahnya waktu kecil dulu masih lagi wujud. Ada yang sudah ‘tersenggeng’ (senget) tetapi masih dipakai lagi. “Sebab itu saya ilhamkan (pembinaan) jenis IBS nak bawak perubahan dalam tempoh tujuh hingga lapan minggu sahaja boleh siap enam bilik darjah, makmal sains dan bilik guru,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sekolah Kebangsaan (SK) Pusa di sini, hari ini. Yang turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim. SK Pusa yang terletak di muara Sungai Rimbas mempunyai 20 kelas termasuk dua untuk keperluan j-Qaf, dibangunkan dengan kos RM21 juta.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s