My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Pendidikan bertujuan wujud generasi terdidik

KUCHING 3 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memberi banyak kemudahan pendidikan yang bukan sahaja berupa pembangunan fizikal tetapi juga dari segi pengisiannya.

Menurutnya, penekanan dalam pendidikan oleh kerajaan terutama melalui Kementerian Pendidikan adalah bagi memastikan supaya generasi di negara ini terdidik.

“Terdidik bukan hanya dalam bidang pelajaran tetapi juga mempunyai akhlak yang baik,” katanya pada majlis perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Beladin, Beting Maro di sini hari ini.

Beliau juga berharap dengan semua kemudahan yang disediakan kerajaan itu, guru-guru dapat memanfaat kemudahan tersebut bagi mendidik generasi muda negara dengan sebaik mungkin.

“Saya yakin penekanan kerajaan dalam bidang pendidikan dapat diterjemahkan dengan baik oleh pendidik. Kanak-kanak ini kadang-kadang dia lebih dengar cakap guru daripada ibu bapa.

“Pendidik adalah golongan profesional yang dihormati oleh semua generasi.

“Melalui sistem pendidikan terbaik bukan hanya Malaysia akan menjadi negara maju pada 2020, tetapi apabila meraikan kemerdekaan negara ke-100 pada 2057, kita benar-benar jadi negara maju dan mempunyai tenaga profesional, yang mana rakyat mendapat pendidikan tinggi kira-kira 70 peratus daripada rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu hanya boleh dilakukan dengan adanya kerjasama antara kerajaan, pendidik, ibu bapa dan masyarakat.

Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membina dewan terbuka untuk sekolah itu.

Yang hadir sama, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar, dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Beting Maro, Razali Gapor.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: