My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Selesaikan isu sekolah padat pelajar – Mahdzir

Kementerian Pendidikan sedang mencari jalan ba­gi menyelesaikan se­gera masalah kepadatan pelajar di beberapa buah sekolah me­­nengah di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, berdasarkan maklumat diperoleh dari pejabat pendidikan daerah, terdapat beberapa sekolah yang mempunyai antara 2,500 sehingga 3,000 pelajar.
 Katanya, masalah tersebut berlaku di negeri-negeri yang mengalami proses perpindahan penduduk yang sangat pesat seperti di Selangor.

“Jumlah pelajar paling ideal untuk sesebuah sekolah menengah adalah antara 1,200 hingga 1,300 orang meliputi ting­katan satu hingga lima. Kalau terlampau ramai keadaan akan menjadi tidak kondusif un­tuk proses pembelajaran.

“Kita sudah ada data sekolah yang ramai pelajar dan kita kena cari jalan segera bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini. Di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) kerajaan telah luluskan peruntukan pembinaan beberapa buah sekolah menengah baharu ter­masuk di Semenyih,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Hulu Langat di Semenyih dekat sini hari ini.
 Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz dan Pe­ngarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim.

Dalam majlis tersebut, Mahdzir turut melancarkan buku Modul Pembelajaran Abad Ke-21 dan me­nyampaikan Anugerah Tokoh Guru kepada empat orang guru yang mengajar di daerah Hulu Langat.
 Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, masalah kepadatan pelajar tidak berlaku di sekolah rendah dan jika berlaku pun hanya di satu atau dua buah sekolah rendah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kerana terdapat kecenderungan ibu bapa daripada kaum lain untuk menghantar anak mereka belajar di sana.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sehingga kini, seramai 3,000 orang guru yang diistilahkan sebagai ‘berduka lara’ telah dibenarkan untuk berpindah ke destinasi pilihan mereka.

Jelasnya, perpindahan terbaharu akan berlaku 1 Jun ini melibatkan guru ‘berduka lara’ dan me­re­ka yang sudah lama memohon untuk berpindah.

“Bukan semua permohonan per­pindahan dapat dipenuhi kementerian terutamanya di bebe­ra­pa buah negeri kritikal seperti Kelantan, Kedah dan Terengganu kerana kebanyakan guru berasal dari negeri-negeri ini,” ujarnya

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: