3,000 guru ‘duka lara’ disatukan

Kementerian Pendidikan yang berikrar mahu menyatukan kira-kira 30,000 guru ‘duka lara’ yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing telah meluluskan permohonan pertukaran 3,000 guru di seluruh negara sehingga April lalu.

Daripada jumlah 3,000 tersebut, 2,000 pertukaran dilakukan pada Januari lalu manakala 1,000 lagi pertukaran dilakukan pada April lalu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, bagi pertukaran pada Jun ini, kementerian menerima 15,000 permohonan untuk bertukar daripada guru-guru di seluruh negara.

“Kementerian menetapkan tiga faktor sebelum meluluskan permohonan pertukaran guru-guru iaitu pertukaran biasa, pertukaran ihsan atau pertukaran membabitkan masalah tinggal berjauhan dengan pasangan,” kata beliau.

Menurut beliau, demi menjaga kebajikan guru-guru, pertukaran pada Jun ini akan memberi keutamaan kepada pasangan yang telah lama hidup berjauhan.

“Sehingga April lalu, kementerian sudah menyatukan kira-kira 3,000 guru ‘duka lara’ di seluruh negara dan usaha itu akan diteruskan,” kata beliau pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Batu 2016 di sini semalam

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s