My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Bengkel Sains dan Matematik Tutor UPSR 
dedah teknik menjawab soalan KBAT

Musa Ismail (baris kedua, tengah) bersama murid-murid dan guru Musa Ismail (baris kedua, tengah) bersama murid-murid dan guru menunjukkan akhbar Pendidikan Utusan Malaysia, Tutor sempena Bengkel Matematik dan Sains UPSR di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat, Selangor, semalam. utusan/Riduan Rizal Ahmad

HULU LANGAT 6 Jun – Pendedahan teknik menjawab soalan berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menjadi tarikan utama dalam Bengkel Sains dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anjuran Persatuan Penduduk Kejiranan Taman Kasih (PPKTK) di sini hari ini.

Selain itu, program dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat dan akhbar pendidikan terbitan Utusan Malaysia, Tutor itu turut menampilkan guru-guru berpengalaman.

Ketua Unit Akademik Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Hulu Langat, Musa Ismail berkata, program itu diadakan bagi membantu murid-murid tahun enam yang menghadapi kesukaran te­rutama dalam subjek Matematik dan Sains.

“Hasil kajian kami dapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik dan bagaimana mahu menjawab soalan KBAT kerana mereka ini hanya sekadar membaca.

“Jadi, bengkel ini mengetengahkan guru-guru berpengalaman dan teknik menjawab soalan KBAT untuk memberikan pemahaman yang menyeluruh kepada murid-murid,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel Sains dan Matematik UPSR hari ini.

Bengkel yang disertai 200 murid dari lima buah sekolah di sekitar Kajang, Semenyih, Serdang dan Cheras menggunakan Tutor sebagai bahan rujukan yang dilihat telah memudahkan penceramah menyampaikan pengajaran mereka.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PPKTK, Mohd. Feizal Abu Samah berkata, pihaknya memberikan fokus kepada UPSR kerana ia akan menentukan arah tuju anak-anak komuniti itu apabila bersekolah menengah nanti.

“Pihak PPKTK sangat berterima kasih kepada PPD kerana memberi kebenaran kepada kami untuk menggunakan kemudahan di sini. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa depan,” katanya.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: