My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Masalah dadah pelajar sekolah membimbangkan

Mahdzir KHALID menyampaikan sumbangan kepada seorang imam masjid MAHDZIR KHALID menyampaikan sumbangan kepada seorang imam masjid sempena Majlis Tadarus Perdana di Padang Terap, Kedah, semalam.

PADANG TERAP 11 Jun – Kementerian Pendidikan akan memberi lebih tum­puan kepada sekolah kategori C dalam usaha untuk memastikan isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar sekolah dapat dibanteras.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, tindakan itu perlu kerana masalah dadah dalam kalangan pelajar sekolah pada masa kini berada pada tahap yang amat membimbangkan, apatah lagi dengan bekalan dadah yang mudah didapati berbanding dahulu.

“Sebab penyalahgunaan dadah tidak seperti dahulu macam ganja, heroin, morfin tapi sekarang ini guna dadah sintetik dan boleh didapati dari pelbagai sumber,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Tadarus Perdana anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Padang Terap dan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap di sini hari ini.

Sekolah kategori A adalah sekolah yang mempunyai rekod disiplin yang baik; kategori B pula merujuk kepada sekolah yang mempunyai sedikit kes disiplin manakala kategori C adalah sekolah yang mempunyai banyak kes disiplin melibatkan ponteng dan penyalahgunaan dadah.

Mahdzir berkata, pihak kementerian kini menjalin kerjasama rapat dengan agensi Kementerian Dalam Negeri seperti Agensi Antidadah Kebangsaan dan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) bagi memantau pelajar sekolah di bawah kategori tersebut.

“Kita (bersama agensi di bawah KDN) tumpu pada kawasan-kawasan sensitif bagi penyalahgunaan dadah. Proses membanteras perkara ini perlu dibuat secara serius kerana sebenarnya ada kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi panas berkaitan gejala penyalahgunaan dadah ini.

“Sehubungan itu, kita perlu mengambil langkah proaktif demi masa depan negara,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap meminta masyarakat terutama ibu bapa supaya bekerjasama dalam usaha membendung masalah penyalahgunaan dadah dan tidak mengharapkan penguatkuasaan pihak berkuasa semata-mata.

“Mereka boleh bentuk satu pasukan yang disertai oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK), imam, guru dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) bagi memantau pergerakan setiap pelajar sekolah di kawasan masing-masing.

“Pasukan ini mungkin boleh ambil dahulu senarai 50 nama pelajar kemudian semak dan siasat rekod disiplin mereka di luar sekolah supaya pemantauan berterusan dapat dilakukan. Ini berlaku (dilaksanakan) di negara-negara maju,” ujarnya.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: