My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Cybernatics bakal diiktiraf Kolej Universiti

ALIMUDDIN MOHD. DOM (empat dari kanan) bersama Lembaga Pengelola ALIMUDDIN MOHD. DOM (empat dari kanan) bersama Lembaga Pengelola dalam Majlis Pengisytiharan Lembaga Pengelola Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Cheras, Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics bakal diiktiraf sebagai Kolej Universiti dalam masa dua tahun lagi.

Pengerusinya, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, pihaknya sedang menyiapkan dokumen untuk diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membolehkan kolej itu dinaik taraf menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang disegani.

“Kita sedang bersedia ke arah itu dan sedang me­nunggu proses dokumen se­lesai ke arah menjadi ko­lej universiti.

“Kolej ini telah ditubuhkan sejak 19 tahun lalu dan kita berjaya melahirkan para mahasiswa yang berkuali­ti serta dijamin mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian kelak,” kata­nya ketika ditemui Utusan Malaysia pada Majlis Pengisyti­haran Lembaga Penge­lola Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Cheras di sini hari ini.

Alimuddin menambah, dengan pencapaian produk keluaran Cybernetics yang telah ditubuhkan sejak 1997, ia telah berjaya melahirkan lebih 10,000 graduan dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan negara.

“Sehingga kini kita te­lah membantu lebih 3,000 pelajar kurang berkemam­puan di luar bandar menyam­bung pengajian di kolej berkenaan.

“Diharap penaiktarafan ini akan lebih meyakinkan ibu bapa mahasiswa bahawa kolej ini merupakan sebuah institusi yang bertaraf tinggi,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis berkenaan, beliau turut menyempurnakan pelantikan Lembaga Pengelola kolej berkenaan yang merupakan badan menjaga kepentingan untuk kesejahteraan dan kemakmuran kolej.

“Antara yang dilantik, bekas Ketua Eksekutif kolej, Prof Dr. Nazaruddin Mohamed Jali; bekas Profesor dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Alang Perang Abdul Rahman Zainuddin; bekas ahli perniagaan, Mohammad Ebrahim Mohideen dan Ketua Eksekutif Cybernetics, Prof Dr. Abd. Majid Mohd Isa,” katanya

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: