My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Tutor UPSR pilihan murid SJKC Wah Lian

Murid tahun 6 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Wah Lian, Sungai Pelek, Sepang memilih akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor UPSR sebagai bahan rujukan ulang kaji pelajaran dalam bilik darjah sempena persiapan menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Kandungan Tutor yang ringkas tetapi padat dengan soalan berkualiti terutama mengan­dungi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menarik minat murid mempraktikan sepenuhnya bahan tersebut untuk mengulang kaji pelajaran sama ada dalam bilik darjah mahu pun di rumah.

Salah seorang murid, Toh Yi Zhe, murid tahun 6M berkata, dia mengenali Tutor sejak berada tahun 5 walaupun ketika itu sekolah belum lagi melanggan akhbar tersebut bagi kegunaan murid.

Menurutnya, dia terpaksa mendapatkan Tutor di koperasi sekolah berdekatan yang me­langgan akhbar tersebut semata-mata mahu menggunakan bahan tersebut terutama dalam membuat latihan soalan KBAT yang terdapat pada bahan itu.

“Tetapi saya merasa lega bila mendapat tahun sekolah sudah mula melanggan Tutor pada tahun ini, kebanyakan rakan lain langsung tidak mengenali bahan ini, saya merasa bertuah kerana sudah mengenali Tutor lebih awal dari rakan lain. Itulah kebaikannya kalau kita gemar membaca akhbar, kita dapat mengetahui banyak perkara,” katanya.

Bagi rakannya, R. Yuyan, 6B, selain harga Tutor yang amat murah iaitu 60 sen senaskah, bahan itu turut menampilkan format soalan peperiksaan terkini dan mudah difahami murid.

“Ia juga nipis dan mudah di­bawa kemana-mana, boleh hanya dimasukan ke dalam poket seluar, boleh dirujuk dimana sa­haja kita berada berbanding buku teks atau bahan rujukan lain yang agak tebal serta bosan.

“Paling saya gemar kandungan soalan Tutor yang agak sukar dan mencabar ia sekali gus memerlukan murid mengadakan belajar berkumpulan dan perlu merujuk dengan guru,” katanya.

Buat pertama kalinya pada tahun ini, SJKC Wah Lian sekali gus menjadi SJKC pertama di negara ini melanggan Tutor UPSR untuk kegunaan murid di sekolah itu.

Langganan akhbar tersebut dibuat melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu melibatkan 7,000 langganan untuk kegunaan 401 murid tahun 6 sekolah itu yang bakal menduduki UPSR tahun ini.

Tutor merupakan program pendidikan selama 42 minggu yang disusun mengikut takwin persekolahan, bermula dengan latihan topikal pada peringkat awal, disulami dengan ujian sumatif, diagnostik serta set lengkap peperiksaan percubaan dari semasa ke semasa.

Selain Tutor UPSR, turut diterbitkan bagi kegunaan pelajar ialah Tutor Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada setiap Isnin manakala Tutor English pada Selasa dan Tutor Fokus A pada Rabu. Kesemuanya dijual pada harga 60 sen.

Bahan ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu awal, pertengahan dan hujung tahun dengan diaplikasikan berdasarkan KBAT yang merupakan fokus utama Kementerian Pendidikan pada masa ini.

Kelainan Tutor berbanding bahan rujukan lain ialah reka bentuk dan instrumennya diperkuatkan dengan konsep latih tubi bagi membolehkan murid lebih mahir dan menguasai topik popular peperiksaan pada penghujung program.

Soalan digubal oleh guru cemerlang dan pakar bidang, mutu soalan di kawal selia supaya kualiti terpelihara dan mengikut format terkini selain bersesuaian dengan kehendak semasa.

Manakala Syuhada Nur Muhammad, 6K, berkata, dia gembira kerana berpeluang menggunakan Tutor sebagai rujukan UPSR di sekolahnya memandangkan akhbar Utusan Malaysia merupakan akhbar langganan sekolah tersebut setiap tahun.

“Saya sudah biasa membaca akhbar Utusan Malaysia dan mu dah memperolehnya di perpustakaan sekolah. Saya gembira kerana akhbar ini menerbitkan Tutor dan membolehkan murid menjadikannya sebagai alternatif bahan rujukan UPSR akan datang,” katanya.

Bagi murid tahun 6M, Chong Yi En, dia tertarik dengan kan dungan Tutor yang agak santai dan penuh dengan ilustrasi berwarna- warni sesuai dengan persiapan te rakhir sebelum menghadapi UPSR

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: