My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

YPC taja 13,550 Tutor UPSR untuk 18 sekolah

SYED ALI ALHABSHEE (barisan belakang, tiga dari kiri) dan Norizam Abdullah (barisan belakang, empat SYED ALI ALHABSHEE (barisan belakang, tiga dari kiri) dan Norizam Abdullah (barisan belakang, empat dari kiri) bersama para pelajar daripada 18 buah sekolah angkat YPC yang melanggan Tutor Utusan Malaysia edisi khas UPSR dalam Majlis Perasmian Tajaan Tutor UPSR di SK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur, semalam. – utusan/FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR 27 Jun – Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) menaja sebanyak 13,550 naskhah akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk 1,355 murid di 18 sekolah rendah kawasan Zon Pudu.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, penajaan itu adalah sebahagian daripada komitmen YPC yang menyasarkan kecemerlangan murid untuk mendapat keputusan 6A dalam UPSR.

“Tutor dilihat sebagai bahan tambahan yang baik dan berkesan dalam membantu meningkatkan penguasaan murid terhadap sesuatu mata pelajaran. Tahun ini merupakan tahun ketiga YPC menaja Tutor UPSR kepada 18 sekolah rendah di kawasan Zon Pudu.

“Selain itu, YPC juga menawarkan hadiah wang ringgit berjumlah RM100 dan lawatan sambil belajar secara percuma selama tiga hari dua malam kepada murid yang mendapat 6A, hadiah untuk sekolah terbaik UPSR dan hadiah untuk guru subjek cemerlang UPSR,” katanya dalam Majlis Perasmian Tajaan Tutor UPSR di 18 sekolah rendah di kawasan Zon Pudu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara di sini hari ini.

Sementara itu, Guru Besar SK Seri Bintang Utara, Che Norizam Abdullah berkata, penggunaan Tutor UPSR dapat membantu meningkatkan suasana pembelajaran dan persediaan murid menjelang peperiksaan itu September ini.

“Satu kerugian kepada mana-mana sekolah atau ibu bapa jika tidak menjadikan Tutor sebagai salah satu bahan tambahan untuk membantu anak-anak mereka meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.

“Saya percaya murid boleh memperbaiki kelemahan dalam mata pelajaran tertentu apabila menjadikan Tutor sebagai bahan rujukan berfaedah kepada mereka,” katanya.

Tajaan naskhah Tutor tersebut juga diserahkan kepada SK Convent Jalan Peel, SK Jalan Peel, SK (P) Pudu 1, SK Pudu (P) 2, SK Yaakob Latif 1, SK Yaakob Latif 2, SK Taman Segar, SK Taman Midah 1, SK Taman Midah 2 dan SK (L) Jalan Batu.

Sekolah lain yang turut mendapat tajaan ialah SK Seri Cheras, SK Seri Mega, SK Jalan Pasar 1, SK Jalan Pasar 2, SK Seri Bintang Selatan, SK Seri Bintang Utara, SK Jalan Hang Tuah 1 dan SK Jalan Hang Tuah 2.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: