My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Mahasiswa UM berbakti di pedalaman Sarawak

Sungai Rajang menjadi nadi kehidupan masyarakat di pedalaman Sarawak sejak sekian lama. Sungai itu juga menjadi saksi perjalanan 34 mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang mahu melakukan aktiviti kesukarelawan.

Destinasi pilihan sukarelawan ini adalah Kampung Nanga Miau yang terletak di pedalaman Song. Berbekalkan semangat yang tinggi, anak-anak muda yang kebanyakannya belum pernah menjejakkan kaki ke daerah pedalaman menempuh perjalanan selama tiga jam untuk sampai ke tempat yang dituju. Kesemua mereka berasa teruja sepanjang mengharungi sungai terpanjang di Malaysia, Sungai Rajang.

Program tahunan sejak 2014 ini dinamakan Baktisiswa Secholian (BSS). Ia dianjurkan mahasiswa Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah.

Selain itu, ia menjadi platform kepada mahasiswa untuk melakukan aktiviti sukarelawan di pedalaman Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.

BSS juga bertujuan memberi peluang kepada penduduk tempatan mendapat pendedahan mengenai kepentingan menimba ilmu di menara gading.

Program yang sama pernah diadakan di Kuching, Sarawak pada 2014, dan Ranau, Sabah pada tahun lalu.

Berbeza dengan program khidmat masyarakat yang biasa, BSS memfokuskan kepada motivasi dan pendedahan peluang pembelajaran dalam bidang akademik, selain menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat.

Aktiviti yang dirancang kebanyakannya tertumpu kepada golongan sasar iaitu pelajar tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Katibas yang terletak di daerah ini.

Sesi ceramah dan aktiviti berkumpulan diadakan bagi mencapai objektif dan dilaksanakan sepenuhnya oleh mahasiswa.

Selain itu, sukarelawan turut didedahkan dengan budaya suku kaum Iban, dan merasainya secara dekat apabila diraikan dengan mesra di rumah panjang yang dilawati.

Pegawai pengiring program, Aida Nurul Ain Abdul Rahman berkata, tidak dinafikan pelajar SMK Katibas sentiasa dahagakan ilmu serta pendedahan mengenai peluang pembelajaran di luar sana.

“Sudah menjadi harapan saya agar BSS mampu membantu mereka mencipta masa depan yang cerah untuk diri sendiri serta membangunkan kehidupan masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, Pengetua SMK Katibas, Charles Kored Juut, kelihatan teruja dengan kehadiran mahasiswa UM yang menurutnya bakal memberi impak besar serta positif kepada pelajar sekolah itu.

“Walaupun sekolah ini terpencil dengan dikelilingi gunung-ganang, dan jauh dari capaian dunia luar, namun tidak mustahil anak-anak kampung mampu meraih kejayaan membanggakan, dan kembali menabur bakti di sini,”katanya.

Selain daripada sesi motivasi akademik, peserta turut diberi peluang mempelajari tarian ngajat, dan aktiviti gotong-royong mengecat bangunan tadika.

Mereka juga berpeluang menanam 18 batang anak pokok di sekitar kawasan sekolah SMK Katibas sebagai simbolik persahabatan yang baru dibina. Bersama-sama dengan guru sekolah, mereka turut mengambil bahagian dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian mengatasi masalah banjir yang sering melanda kawasan sekolah dan kampung.

Ketua delegasi yang juga pelajar tahun dua jurusan kejuruteraan, Wilson Pang berkata, program ini membenarkan peserta melihat ke dalam diri dan mengenali erti bersyukur kerana dilimpahi kesenangan dan kemewahan hidup di bandar.

“Sementara itu, ada anak-anak yang dahagakan ilmu serta bimbingan menunjukkan minat untuk belajar walaupun dalam keadaan serba kekurangan,” katanya.

BBS juga akan kembali ke sekolah ini untuk edisi 2018 bagi menilai sama ada perubahan yang dibawa pada 2016 memberi kesan kepada generasi pelajar sedia ada, sekali gus menjadi pemangkin kepada kisah kejayaan akademik mereka kelak.

BSS 2016 dilaksanakan dengan kerjasama Yayasan Sarawak serta mendapat sokongan daripada syarikat Faber Castell, Julie’s, Tabung Baitulmal Sarawak dan IM4U.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: