My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Hormati pendidik setiap masa

DEWASA ini, ramai kalangan pelajar tidak begitu menghormati dan menghargai golongan pendidik. Hal itu berlaku kerana pelajar hanya mengejar markah dan keputusan peperiksaan yang cemerlang tanpa memikirkan tentang keberkatan ilmu diperoleh daripada pendidik atau guru.

Sedangkan untuk mendapat ilmu berkat, seseorang itu harus menjaga adab terhadap guru. Dalam Islam, guru diangkat martabatnya dan perkara itu dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan Abu Ummah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah, para malaikat serta penduduk langit dan bumi sehinggakan semut yang berada di dalam lubangnya dan ikan di lautan berselawat (memohon keampunan dan kebaikan) ke atas pendidik manusia kepada kebaikan”.

Selain itu, Allah SWT juga telah meletakkan kayu ukur paling penting bagi seorang guru sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kami telah mengutus kepadamu Rasul antara kamu yang membacakan ayat-ayat kami kepada kamu dan mengajarkan kepadamu al-Kitab dan al-Hikmah (as sunnah) serta mengajarkan kepada kami apa yang belum kamu ketahui.” – surah al Baqarah ayat 151.

Dalam konteks ini, guru adalah ejen terpenting untuk mendidik generasi muda menjadi orang yang berguna di dunia dan akhirat. Guru juga ialah penggerak pembangunan pendidikan negara yang sentiasa dipandang mulia oleh semua.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: