My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Peperiksaan SPM bermula

SPM bermula

Pelajar tingkatan lima sekolah menengah di seluruh negara mula menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 hari ini.

Bahasa Melayu Kertas 1 membuka tirai peperiksaan penting itu yang berlangsung sehingga 6 Disember melibatkan 434,535 calon berdaftar itu.

Kementerian Pendidikan menerusi kenyataan berkata, 3,732 pusat peperiksaan dibuka di seluruh negara dan 32,220 petugas peperiksaan dilantik untuk mengendalikannya.

Ibu bapa dan guru serta wakil Jabatan Pendidikan negeri dilihat memberi kata-kata semangat kepada calon SPM sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan dengan diiringi bacaan doa.

“Sebanyak 377,194 calon SPM 2016 atau 86.8 peratus merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

Calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah sebanyak 9,094 orang atau 2.1 peratus.

Sebanyak 7,931 calon (1.8 peratus) adalah calon sekolah menengah agama negeri, calon sekolah swasta yang berdaftar dengan kementerian ialah sebanyak 12,847 (tiga peratus), calon persendirian 25,713 (5.9 peratus) manakala calon sekolah menengah agama rakyat sebanyak 1,756 (0.3 peratus).

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: