My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Standard UPSR semakin tinggi

Standard dan kualiti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dilihat semakin tinggi apabila hanya 1.11 peratus atau 4,896 daripada 452,751 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A tahun ini.

Timbalan Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Abdul Rashid Mohamed berkata, standard UPSR dengan format baharu bermula tahun ini semakin tinggi sekali gus dapat melahirkan generasi yang matang dan berilmu.

“Besar kemungkinan murid dan guru memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan sistem baharu sehingga hanya 1.11 peratus calon berjaya mendapat semua gred A,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof ketika mengumumkan laporan UPSR memberitahu seramai 4,896 daripada 452,751 calon atau hanya 1.11 peratus berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua gred A untuk UPSR dengan format baharu.

Tambah Abdul Rashid, ibu bapa juga tidak perlu terlalu kecewa sekiranya anak-anak mereka tidak berjaya memperoleh keputusan cemerlang kerana UPSR hanya untuk menilai prestasi semasa sekolah rendah, tidak menentukan kejayaan dalam kehidupan anak mereka.

“Apa yang pasti, murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A pada tahun ini adalah yang benar-benar layak mendapat gred tersebut kerana sistem baharu UPSR ini jelas lebih mencabar berbanding sistem lalu,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pemba­ngunan Sumber Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Othman Lebar berkata, murid-murid harus didedahkan dengan lebih banyak unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pe­ngajaran dan pembelajaran.

Katanya, kurangnya pendedahan kepada soalan KBAT mungkin menjadi punca ramai tidak berjaya memperoleh keputusan semua gred A.

“Amalan menggunakan soalan UPSR tahun-tahun sebelumnya sudah tidak boleh lagi diteruskan kerana soalan KBAT mendorong murid berfikir dengan lebih kritis dan kreatif,” katanya.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: