My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

Pencapaian PISA meningkat

Pencapaian sistem pendidikan Malaysia seperti dilaporkan dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2015 secara keseluruhannya menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pencapaian itu berdasarkan peningkatan skor mata tiga domain yang diukur iaitu literasi saintifik, literasi bacaan dan literasi matematik.

Beliau menjelaskan, skor literasi saintifik yang dicapai adalah 443 mata iaitu meningkat 23 mata daripada PISA 2012.

“Untuk literasi bacaan pula, skor dicapai adalah 431 mata yang merupakan peningkatan 33 mata berbanding tiga tahun lalu.

“Literasi matematik menunjukkan skor dicapai adalah 446 mata iaitu meningkat sebanyak 25 mata,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman PISA 2015 di sini hari ini.

Amin menjelaskan, PISA merupakan kajian pentaksiran piawaian antarabangsa bagi mengukur tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar berusia 15 tahun ke atas melalui tiga domain utama iaitu literasi bacaan, literasi matematik dan literasi saintifik.

Katanya, PISA merupakan satu-satunya kajian pendidikan antarabangsa yang mengukur pengetahuan dan kemahiran pelajar berumur 15 tahun iaitu satu tahap usia di kebanyakan negara berada di penghujung tempoh pendidikan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: