My Library

Pusat Sumber Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak

KSSR masih guna sistem P&P yang sama

Kementerian Pendidikan menegaskan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) masih mengekalkan sistem pengajaran dan pembe­lajaran (P&P) yang sama dengan penambahan beberapa elemen baharu bagi meningkatkan pe­ngetahuan dan kemahiran murid-murid.

P. KAMALANATHAN

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, KSSR telah dilaksanakan pada tahun 2011 dan pelajar tingkatan satu tahun ini merupakan kohort pertama sistem tersebut.

“Atas sebab itu, ibu bapa tidak boleh membandingkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu dengan tahun sebelumnya kerana dua tahun tersebut menggunakan kurikulum yang berbeza.

“Jadi, ibu bapa ti­dak perlu bimbang se­baliknya membantu anak masing-masing supaya belajar dengan lebih bijak dan menggunakan semua medium di sekeliling mereka kerana kurikulum ini mempunyai beberapa elemen tambahan seperti penge­tahuan, kemahiran berfikir serta dwibahasa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bangsar, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pe­ngarah Jabatan Pen­didikan Wilayah Per­sekutuan Kuala Lumpur, Datuk Foziah Buang; Timbalan Pengarah Pejabat Pendidikan Bangsar-Pudu, Ismail Musa dan Guru Besar sekolah berkenaan, K.Vimaladevi.

Dalam UPSR tahun lalu, seba­nyak 4,896 daripada 452,721 murid mendapat keputusan cemerlang Gred A bagi semua mata pelajaran manakala UPSR 2015 yang menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) sebanyak 38,344 daripada 455,929 mendapat keputusan yang sama.

Dalam lawatan tersebut, Kamalanathan memantau kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan di sekolah bantuan modal itu menerusi peruntukan khas Bajet 2015 dan 2016.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: