Uncategorized

Kereta terbang SkyDrive dilancar semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020

Kereta terbang yang akan dilancarkan oleh Toyota dalam majlis
KERETA terbang yang akan dilancarkan oleh Toyota dalam majlis perasmian Sukan Olimpik di Tokyo pada tahun 2020.

JEPUN 4 Jun – Hasrat untuk melihat kereta terbang bakal tercapai apabila syarikat pengeluar Toyota mengumumkan untuk melancarkan kenderaan ber­kenaan dalam majlis perasmian Temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung di Tokyo pada 2020.

Sekumpulan 30 jurutera muda dari industri kereta dan aero­angkasa mengusahakan projek itu yang dibiayai oleh sejumlah pelabur termasuk anak syarikat Toyota sejak tahun 2014.

Ketua Cartivator, Tsubasa Nakamura yakin, meskipun kende­raan yang dipandu oleh manusia digelar SkyDrive itu masih di pe­ringkat awal, namun beliau menjangkakan satu prototaip yang dipandu manusia akan diuji pe­­nerbangan pada akhir tahun de­pan sebagai persiapan untuk me­nya­lakan obor Sukan Olimpik.

Ujian itu adalah bagi melihat kemampuan kereta itu melakukan pendaratan dan ‘terapung’ di permukaan tanah serta memastikan reka bentuk kenderaan itu sesuai bagi tempoh penerbangan yang lebih panjang dan ketinggian maksimum yang boleh dicapai.

Kereta yang dipandu oleh manusia digelar SkyDrive itu akan memiliki empat set kipas berukuran 2.9 meter panjang dan 1.3 meter lebar, sekali gus menjadi kereta terbang elektrik terkecil dunia dan disyorkan untuk kegunaan di bandar kecil.

Jurutera Cartivator menyasarkan untuk mengkomersialkan kenderaan itu pada tahun 2025.

Pada bulan lalu, Syarikat Toyoto Motor dan anak syarikatnya bersetuju untuk melabur 42.5 juta yen (RM1.64 juta) dalam projek tiga tahun akan datang. Kumpulan itu juga dikatakan sedang berusaha untuk menambah baik reka bentuk dan melihat lebih banyak pelabur dalam projek berkenaan.

Sebelum ini, syarikat perkhidmatan per­kongsian pengangkutan, Uber mengumumkan untuk melancarkan sistem kereta terbang bagi memudahkan orang ramai bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain khusus­nya di kawasan bandar menjelang tahun 2020 di Dallas-Fort Worth, Texas dan Dubai.

Bagaimanapun pembuat kereta terbang itu gagal menyakinkan orang ramai mengenai penyeliaan dan tahap keselamatan. – AF

Sumber daripada Utusan Malaysi Online
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/kereta-terbang-skydrive-dilancar-semasa-sukan-olimpik-tokyo-2020-1.489455#ixzz4j2y9Mnho
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s