Uncategorized

Pembelajaran interaktif bantu tingkat prestasi akademik

Ahmad Fauzi Zahari (kiri) meyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar

Ahmad Fauzi Zahari (kiri) meyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar sekolah sekitar Setiawangsa dalam Program Kecemerlangan UPSR 2017 di Wisma Felcra di Kuala Lumpur, baru-baru ini

 

Kemudahan capaian internet terutama yang disediakan oleh kerajaan secara percuma kepada masyarakat perlu dimanfaatkan oleh pelajar bagi tujuan mening­katkan pencapaian akademik masing-masing.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, golongan pelajar perlu memanfaatkan kemudahan ini bagi mencari rujukan dan maklumat tambahan untuk membantu mereka dalam pembelajaran.

“Oleh itu, pihak sekolah, ibu bapa perlu memainkan peranan bagi membantu dan menunjukkan cara penggunaan internet yang betul kepada anak-anak mereka dan pelajar agar kemudahan ini dapat dimanfaatkan sebaik-baik­nya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian selepas me­rasmikan Program Kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang turut dihadiri Timbalan Pe­ngarah Pendidikan Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat, Asiah Husin di Wisma Felcra Kuala Lumpur baru-baru ini.

Advertisement

Dalam majlis itu, 850 murid melibatkan 15 buah sekolah kebangsaan dalam Parlimen Se­­tia­wangsa menerima tajaan pe­m­­belajaran interaktif bagi menghadapi peperiksaan UPSR bernilai RM20,000.

Ahmad Fauzi berharap, pelajar yang mendapat tajaan ini mampu berperanan sebagai tutor kepada rakan mereka yang lain bagi meningkatkan prestasi pendidikan sekolah terbabit.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/pembelajaran-interaktif-bantu-tingkat-prestasi-akademik-1.498308#ixzz4mjhhn0BV
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s