Uncategorized

Laman perangkap pengguna

Banyak manfaat atau keburukan, bergantung kepada seseorang itu menggunakan kemudahan internet yang dimilikinya.

Kita lazim menggunakan internet untuk pelbagai tujuan seperti melayari laman sosial, berkomunikasi, mendapatkan maklumat dan sebagainya.

Namun, tidak ramai menyedari wujud satu sisi gelap di internet yang menjadi medium pelbagai kegiatan jenayah serta aktiviti bertentangan dengan norma manusia.

‘Dark web’ adalah gelaran bagi sisi gelap tersebut. Ia merupakan laman web yang dienkripsi supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa dan hanya boleh diakses melalui perisian tertentu.

Aktiviti popular dalam sisi lain internet adalah urus niaga pelbagai barang dan perkhidmatan sama ada secara sah ataupun bertentangan dengan undang-undang.

Transaksi urus niaga untuk mendapatkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan adalah dengan menggunakan mata wang digital yang dipanggil bitcoin, sementara mata wang lain tidak diterima.

Pemalsuan dokumen

Kita lazim mendengar orang memalsukan dokumen terutama pengenalan diri seperti kad pengenalan, pasport dan lesen memandu.

Melalui ‘dark web’, terdapat satu laman menyediakan perkhidmatan terlarang itu bagi mereka yang memerlukan dokumen palsu untuk tujuan menyamar melepasi sempadan antarabangsa.

Malaysia juga tidak terlepas dengan kegiatan sindiket pemalsuan dokumen. Mekanisme penghantaran barang tidak melalui kurier biasa.

Kegiatan jenayah

Aktiviti jenayah dalam ‘dark web’ sangat mengejutkan. Selain dadah, pengguna boleh mendapatkan khidmat pembunuh upahan.

Kegiatan seksual tidak bermoral turut tersebar di laman itu. Pornografi melibatkan kanak-kanak mudah diperoleh, selain kanak-kanak boleh dilanggan melalui sindiket dengan bayaran tertentu.

Begitu juga dengan senjata api. Amerika Syarikat dan Rusia muncul antara negara yang mudah untuk mendapatkan senjata api. Di negara lain, pasaran gelap di ‘dark web’ memudahkan penghantaran senjata api kepada pelanggan.

Pembelian akaun digodam

Terlalu mahal bayaran dikenakan untuk mengakses sesuatu laman web? Pasaran gelap ‘dark web’ menyediakan beberapa akaun digodam untuk dijual kepada orang awam.

Antaranya adalah akaun akses kepada Paypal, bank, Western Union dan sebagainya. Laman web hiburan seperti HBO, ESPN dan sebagainya turut dijual.

Pendedahan maklumat sulit

Kita pasti pernah mendengar pendedahan di Wikileaks serta maklumat berkaitan kerajaan yang sulit tersebar di media sosial.

Di ‘dark web’, terdapat ribuan laman berkaitan pendedahan maklumat yang dipanggil Whistleblower.

Platform tersebut membenarkan pelayar memuat naik sebarang dokumen dan fail rahsia terutama yang mengandungi maklumat sulit berkaitan skandal pegawai kerajaan.

Dokumen tersebut akan dijadikan bukti bagi mendedahkan salah laku pemimpin kerajaan, rasuah dan jenayah kolar biru.

Pelayar tegar ‘dark web’ sukar dikesan, malah pihak berkuasa hanya menemui laman web sahaja tetapi tidak individu di sebaliknya kerana mereka menggunakan jaringan maya berprivasi (VPN).

Sumber daripada © Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s