2017, Sukan

Kejayaan atlet murid angkat imej sukan negara

PUTRAJAYA 3 Mac – Kejayaan atlet murid Kementerian Pendidikan dalam kejohanan berprestij di peringkat antarabangsa telah mengangkat imej sukan negara sekali gus memberikan petanda positif dalam memenuhi anjakan kesebelas transformasi sistem pendidikan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, anjakan kesebelas itu menekankan usaha-usaha menyediakan masyarakat Malaysia berpersonaliti unggul serta mengamalkan nilai-nilai semangat juang dan patriotik yang tinggi.

Pada masa sama beliau turut menarik perhatian hadirin bahawa pembangunan sukan di peringkat daerah, peringkat negeri dan di peringkat kebangsaan dalam kejohanan Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) adalah faktor lahirnya ramai atlet dalam kalangan pelajar dan kemudian berjaya mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

“Oleh itu sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan kejayaan cemerlang altlet kita dalam kejohanan Sukan Sekolah ASEAN kali ke-6 2014 apabila mereka berjaya merangkul 41 emas, 34 perak dan 39 pingat gangsa.

“Seterusnya dinobatkan sebagai juara keseluruhan dengan kutipan 105 pingat mendahului Thailand di tempat kedua dan Indonesia di tempat ketiga. Syabas dan tahniah kita ucapkan kepada atlet, jurulatih dan pegawai yang terlibat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anugerah Sukan Kementerian Pendidikan Malaysia MSSM-MILO 2014 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Sumber daripada © Utusan Melayu (M) Bhd Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s