2017, Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Nasional

Langkah tangani kecurian motosikal

SLUG_CURI MOTOSELANGOR, 24 Ogos 2016 - Ketua Polis Daerah Shah
SLUG_CURI MOTOSELANGOR, 24 Ogos 2016 – Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat (tiga kanan) melihat komponen motosikal curi yang telah dileraikan selepas polis berjaya menangkap suspek kes curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Remy semasa mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini hari ini. Gambar/ Pemberita: Abdul Razak Idris (stringer)

ANTARA kes jenayah yang sudah lama berakar umbi dalam negara kita adalah curi motosikal. Boleh dikatakan setiap bulan, kes-kes penahanan mereka yang terbabit dalam kes-kes curi motosikal di­siarkan di media massa.

Terbaharu, Geng Chemumar, Perlis dan Geng Remy yang aktif di Shah Alam dan Klang ditahan kerana kesalahan mencuri motosikal sejak beberapa tahun lepas. Dalam tangkapan yang dilakukan, beberapa komponen motosikal yang sudah dileraikan berjaya ditemukan semula oleh pihak polis.

Penahanan demi penahanan yang dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas kegiatan mencuri motosikal tidak menemukan jalan penyudah kerana kes-kes kecurian ini tetap berlaku dari semasa ke semasa. Kecurian motosikal bukan hanya berlaku di tempat-tempat awam, malah di rumah dan di masjid pun berlaku.

Hal ini mendatangkan kebimbangan kepada pemilik-pemilik motosikal untuk meletak atau meninggalkan motosikal mereka di sesuatu kawasan mahupun di tempat meletak motosikal yang disediakan kerana risiko kecurian itu tetap ada walaupun pelbagai ciri keselamatan sudah dilengkapi pada motosikal mereka.

Usaha untuk membanteras jenayah curi motosikal juga menjadi lebih sukar kerana ia seakan-akan sudah menjadi satu kerja harian bagi penjenayah yang terlibat. Kelicikan penjenayah-penjenayah ini mencuri motosikal walaupun dikunci dan dirantai menambahkan kebimbangan pemilik motosikal. Ditambah pula dengan jumlah motosikal yang terlalu banyak sehingga memudahkan motosikal dicuri dan usaha untuk mengesan kehilangannya juga menjadi sukar.

Tindakan penjenayah meleraikan komponen-komponen motosikal menyebabkan usaha mengesannya bertambah rumit. Pemilik-pemilik motosikal pula terpaksa menanggung kerugian di samping kos syarikat insurans yang terpaksa membayar ganti rugi kepada pemilik motosikal yang hilang.

Kita dapati di sesetengah kawasan terutamanya di bandar, pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan ruang khas meletak motosikal berkunci untuk memudahkan pemilik-pemilik motosikal meletakkan motosikal mereka. Bayaran dikenakan ke atas pemilik motosikal supaya motosikal yang diletakkan dikawal oleh petugas yang dilantik.

Bagi mengelak kes-kes kecurian motosikal, diharapkan pihak berkuasa tempatan menambah jumlah tempat meletak motosikal berbayar di kawasan bandar dan pekan. Ia mesti dilengkapi penjaga yang mengawal motosikal daripada dicuri dan ini dapat membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan.

Di samping itu, pemilik motosikal mestilah sentiasa berwaspada dan menjadikan kes-kes kecurian motosikal sebagai satu ancaman. Pemilik-pemilik motosikal tidak boleh cuai sebaliknya melengkapkan ciri-ciri keselamatan yang menyukarkan penjenayah daripada mencuri motosikal mereka.

Sementara itu, di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan pemilik motosikal terutamanya masjid, pasar malam dan tempat tumpuan awam lain, petugas-petugas khas mesti dilantik untuk menjaga keselamatan motosikal. Di sesetengah masjid, ada petugas dalam kalangan wanita yang menjaga keselamatan harta benda jemaah. Hal ini dilakukan demi menjaga keselamatan pemilik kenderaan yang ditinggalkan oleh jemaah semasa menunaikan solat.

Kerjasama orang ramai dalam menangani kes-kes kecurian motosikal amat penting untuk memastikan kecurian motosikal dan kenderaan-kenderaan lain dapat dibanteras. Mereka mesti peka terhadap kegiatan-kegiatan mencuri kenderaan.

Orang ramai juga dinasihati tidak membeli komponen-komponen motosikal yang dileraikan agar tidak menggalakkan kes-kes kecurian motosikal. Dalam pada itu, pemantauan mestilah dilakukan oleh pihak berkuasa ke atas bengkel-bengkel yang mencurigakan di ­samping mengadakan rondaan di tempat-tempat yang kerap berlaku kes kecurian motosikal. Sudah tentunya, kerjasama pelbagai pihak dapat mengurangkan masalah kecurian kenderaan ini

Sumber diperolehi daripada © Utusan Melayu (M) Bhd Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s