2017, Sukan

PM mahu pendidikan sukan diperkukuh

PM mahu pendidikan sukan diperkukuh

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan kemahirannya memecahkan papan semasa mengunjungi tapak pertunjukkan Taekwando pada sambutan Hari Sukan Negara 2016 di Presint 2 hari ini. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (dua, kanan). – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Kementerian Pendidikan supaya memperteguhkan pendidikan sukan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata, Najib memuji kejayaan Sekolah Sukan Bukit Jalil, sekolah sukan pertama di Malaysia, dalam melahirkan atlet di negara ini.

“Beliau (Najib) memberi contoh Sekolah Sukan Bukit Jalil sebagai bukti suatu keputusan terbaik dalam mewujudkan sekolah sukan dan beliau berminat untuk melihat bagaimana kita boleh memperteguhkan pendidikan sukan.

“Kami (Kementerian Pendidikan) menggalakkan lebih banyak pelajar melibatkan diri dalam sukan. Kami akan terus memberi sokongan kepada kemajuan sukan di negara ini menerusi Kementerian Pendidikan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Kecergasan Kementerian Pendidikan bersempena pelancaran Hari Sukan Negara 2016 oleh Najib di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan timbalan beliau, Datuk M.Saravanan serta Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Terdahulu, Najib menyertai kira-kira 17,000 peserta dari sekolah rendah dan menengah, kolej matrikulasi serta kolej latihan perguruan dalam acara berjalan kaki 1Murid, 1Sukan sejauh 4.5km.

Kamalanathan berkata, program 1Pelajar, 1Sukan itu selaras dengan matlamat dan dasar kementerian untuk menggalakkan lebih banyak pelajar mengambil bahagiandalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

“Kami harap ibu bapa akan menggalakkan dan menyokong penyertaan pelajar dalam sukan,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada sambutan Program Kecergasan Kementerian Pendidikan, Kamalanathan berkata Kementerian Pendidikan sentiasa menyokong segala usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam merancang dan melaksanakan segala bentuk aktiviti dan dasar yang melibatkan pembangunan belia dan sukan, khususnya di sekolah.

“Ia selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 yang memberi fokus kepada pembangunan modal insan agar pelajar di negara kita setaraf dengan negara maju lain di dunia,” katanya.

Sumber daripada Sinar Harian Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s