2017, Kesihatan

73 peratus kematian di Malaysia disebabkan NCD – Hilmi

73 peratus kematian di Malaysia disebabkan NCD - Hilmi

KUALA LUMPUR: Dianggarkan 73 peratus daripada jumlah kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit tidak berjangkit (NCD), dan separuh daripada jumlah kematian itu berpunca daripada penyakit kardiovaskular.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata berdasarkan data daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), boleh diandaikan bahawa penyebar luas faktor risiko NCD terus meningkat dan sememangnya menjadi trend yang membimbangkan bagi negara ini.

“Kita kini semakin maju dalam melaksanakan program pencegahan terutamanya dalam sektor kesihatan, misalnya, dengan menggalakkan lebih banyak kempen kesedaran terhadap pencegahan NCD termasuk diabetes, hipertensi dan kanser.

“Kami mendekati orang ramai dan telah melakukan banyak saringan kesihatan. Kami menggalakkan rakyat untuk melibatkan diri dalam program intervensi kami,” kata Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Saintifik Akademi Perubatan Malaysia (AMM) – Kementerian Kesihatan kali ke-12 di sini pada Isnin

Dr Hilmi berkata sejak 2014, kira-kira 40,000 sukarelawan dilatih di kampung mereka sendiri untuk memeriksa pesakit yang mempunyai paras kolestrol dan glukos yang tinggi, di samping tekanan darah tinggi.

“Jika mereka menemui kes seperti itu, mereka mesti merujuk pesakit ke klinik atau hospital berhampiran. Petugas dari klinik kesihatan boleh ke lapangan dan melatih sukarelawan ini untuk membantu mereka yang memerlukan dengan melakukan saringan awal,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Datuk Dr Fadzilah Kamaludin berkata persidangan itu, bertemakan ‘Memerangi NCD – Strategi Baharu’, menghimpunkan lebih 800 peserta termasuk pakar, penyelidik dan penceramah tersohor.

“Kami berharap akan mendapat satu bentuk penyelesaian dan belajar daripada penceramah undangan oleh kerana kes NCD di Malaysia semakin meningkat

“NCD adalah penghalang kepada perkembangan pembangunan yang lestari. Kami mahu negara mempunyai rakyat yang sihat untuk terus membangun, dan mudah-mudahan masa depan akan lebih sihat berbanding apa yang kita lihat sekarang,” katanya.

Sumber diperolehi daripada Astro Awani Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s