Kesedaran Alam Sekitar, Pendidikan Awal, utusan malaysia

Semarakkan semangat kesukarelawanan

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menyumbang kepada usaha

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam sekitar dengan menganjurkan program bersama komuniti.

Dalam mempromosikan semangat kesukarelawanan dalam kalangan masyarakat, pada 5 Disember setiap tahun Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan sebagai Hari Sukarelawan Antarabangsa (IVD).

IVD yang diraikan sejak 1985 bertujuan menghargai jasa dan sumbangan sukarelawan dan meningkatkan lagi kesedaran orang awam tentang semangat tersebut. Sejauh mana rakyat Malaysia menyertai sambutan IVD ini perlu dilihat secara lebih dekat. Malaysia menggalakkan aktiviti kesukarelawanan dan terdapat banyak persatuan atau kelab sukarelawan yang berdaftar pada peringkat institusi, kebangsaan dan antarabangsa.

Di Malaysia, kita nampak sumbangan kumpulan sukarelawan ini semasa negara menimpa bencana misalnya bencana banjir yang menimpa negara di beberapa kawasan di seluruh negara. Begitu juga program sukarelawan membantu geladangan di Kuala Lumpur yang telah banyak mendapat liputan media. Ada juga pasukan sukarela membersihkan pantai tempat tumpuan pelancong.

Sukarelawan bukan sahaja membantu orang yang berada dalam kesusahan tetapi banyak perkara lain yang dapat dilihat seperti kerjasama, bersatu padu, bertolak ansur, prihatin, mewujudkan masyarakat penyayang dan sebagainya, di samping menjimatkan perbelanjaan kerajaan melalui aktiviti bersepadu. Namun ada juga aktiviti kesukarelawanan seperti menjaga alam sekitar dan mempromosikan kesedaran dan amalan menjaga alam sekitar dan alam semula jadi negara.

Khidmat sukarela memang sudah dimulakan sejak di bangku sekolah lagi dan sentiasa diaktifkan. Menerusi aktiviti sukarelawan di sekolah, pelajar akan lebih prihatin dengan apa yang berlaku sebenarnya dalam masyarakat dan menggalakkan mereka berfikir dan mengamalkan perkara yang baik dalam komuniti. Dalam proses mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan sesuatu perkara itu akan berlaku aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam kalangan sukarelawan sekolah. Di universiti juga boleh meneruskan aktiviti sukarelawan pada peringkat yang lebih tinggi. Misalnya, aktiviti bakti siswa oleh pelajar universiti yang selalu dijalankan bersama masyarakat.

Pendidikan alam sekitar menerusi sukarelawan misalnya bertujuan menggalakkan pelajar melakukan kebaikan dan meningkatkan kualiti hidup manusia lain selain daripada pelajar.

Pelajar boleh memilih satu aktiviti yang mudah dan bersama dengan komuniti tempatan seperti menjalankan aktiviti memberikan pengetahuan, kesedaran dan amalan berkaitan alam sekitar. Aktiviti sukarelawan ini selalunya tidak dilakukan secara paksaan, boleh memberikan kefahaman yang lebih kepada pelajar, mengembangkan minat dan bakat yang lebih melebihi peluang yang terbatas dalam kurikulum. Aktiviti sukarelawan selalunya dikaitkan dengan aktiviti yang tidak dibayar iaitu seseorang meluangkan masa mereka secara bebas untuk membantu organisasi atau individu yang bukan saudara mara mereka.

Aktiviti sukarelawan dapat membentuk nilai murni dalam diri seperti peramah, rajin, prihatin dalam melakukan khidmat pelanggan. Sukarelawan suka membantu untuk membuatkan perubahan dalam komuniti berkaitan, menggalakkan kebaikan dan meningkatkan kualiti hidup dari segi persekitaran dan kesejahteraan masyarakat atau individu.

Pembelajaran melalui aktiviti sukarelawan lebih berkesan kerana pelajar mudah memahami sesuatu subjek itu tanpa paksaan. Dalam kurikulum, walaupun pelajar diberikan kredit dan markah masih tidak mencapai tahap tinggi dalam pengetahuan dan penghayatan ilmu yang diberikan. Menerusi aktiviti sukarelawan dapat mengambil peluang menterjemahkan apa yang dipelajari dalam kurikulum kepada amalan peringkat komuniti.

Kajian yang dilaporkan dalam Jurnal Personalia Pelajar 2015 menunjukkan aktiviti sukarelawan meningkatkan keprihatinan pelajar terhadap penjagaan alam sekitar adalah tinggi dan pelajar sanggup menjalankan aktiviti sukarela tanpa meminta apa-apa ganjaran. Bagi yang pernah mengikuti aktiviti sukarela, mereka memahami peranan sukarelawan dan dapat memupuk minat walaupun tidak diberikan ganjaran markah atau upah.

Namun begitu aktiviti sukarelawan tentang alam sekitar perlu diberikan pendedahan yang lebih luas kepada pelajar. Memandangkan perubahan alam sekitar yang sangat mendadak dengan isu-isu yang mencabar maka usaha promosi sukarelawan alam sekitar perlu dipergiat lagi. Aktiviti sukarelawan pelajar universiti kalau dilaksanakan betul-betul mampu mengubah masyarakat.

Agensi seperti Rakan Alam Sekitar (RAS) yang dipromosikan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) perlu lebih agresif menstrukturkan organisasi dan aktiviti mereka.

Aktiviti-aktiviti RAS termasuklah antaranya melaporkan atau membuat aduan tentang kes-kes pencemaran dan kerosakan alam semula jadi kepada pihak bertanggungjawab seperti aktiviti longgokkan sampah yang sepatutnya dibawa ke tapak pelupusan sampah di tempat yang tidak dibenarkan, kejadian pembalakan haram, aktiviti mencuri pasir sungai, pemburuan haram dan lain-lain.

 

Sumber diperolehi daripada Utusan Malaysia Online.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s