Rencana

Pemimpin pelajar bimbing rakan amal nilai positif

PEMIMPIN pelajar SMK Taman Seraya yang menerima watikah pelantikan

PEMIMPIN pelajar SMK Taman Seraya yang menerima watikah pelantikan masing-masing dalam majlis Watikah Pelantikan Barisan Kepimpinan sekolah itu di Ampang, Selangor, baru-baru ini.

SETIAP pelajar yang dilantik sebagai pemimpin memikul amanah yang besar untuk membimbing rakan sebaya mereka mengamalkan nilai positif dalam kehidupan seharian sama ada di dalam mahupun di luar sekolah.

Pegawai Penyiasat Jenayah Ja­batan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Herman Salim berkata, dengan bimbingan itu dapat membantu mengawal masalah salah laku pelajar berlandaskan undang-undang sekolah yang ditetapkan.

“Oleh itu, amanah sebagai pe­ngawas sekolah, pengawas pu­sat sumber, ketua kelas dan pem­bimbing rakan sebaya perlu di­lak­sanakan secara terbaik dan berdedikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penyampaian Watikah Pelantikan Barisan Kepimpinan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seraya, Ampang, Selangor, baru-baru ini.

Yang turut hadir meraikan pelantikan 252 pemimpin pelajar itu ialah Pengetua SMK Taman Seraya, Wan Norma Wan Pi dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah, Nordiana Othman.

Sementara itu, menurut Wan Norma, pematuhan disiplin dalam kalangan pelajar dapat merealisasikan hasrat sekolah menghapuskan masalah sosial dan mendidik mereka mematuhi undang-undang.

“Hal ini bagi memastikan kehidupan yang dilalui pelajar akan lebih sempurna dan tidak menghadapi masalah serta mengalami ke­gagalan pada masa akan da­tang,” katanya.

Mengulas mengenai majlis pelantikan ini, beliau berkata, penganjurannya merupakan salah satu cara untuk pihak sekolah memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap sumbangan pemimpin pelajar.

“Selain itu, majlis ini juga bagi memberi impak dan kesedaran kepada pelajar lain mengenai kepentingan peranan pemimpin di sekolah selain memupuk rasa hormat terhadap pelajar yang dilantik menggalas tugas kepimpinan,” jelasnya.

Sumber diperolehi daripada Utusan Malaysia Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s