Keselamatan Pelajar/Kesihatan, Rencana

Menangani isu keselamatan di sekolah

Rencana oleh Noor Mohamad Shakil Hameed

Seorang murid lelaki tahun empat maut selepas dirempuh dan digilis Seorang murid lelaki tahun empat maut selepas dirempuh dan digilis sebuah lori treler ketika melintas jalan di hadapan Sekolah Teluk Medan di Kilometer 103, Jalan Ipoh- Butterworth, Bagan Serai, Perak baru-baru ini. UTUSAN

PELBAGAI isu membabitkan keselamatan pelajar dan juga institusi sekolah terus menarik perhatian ramai. Mutakhir ini beberapa insiden yang berlaku sama ada dalam kawasan sekolah mahupun di luar pagar sekolah sehingga menjejaskan tahap ke­selamatan anak-anak termasuk yang membabitkan kemalangan jiwa mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat ter­utamanya ibu bapa.

Ironinya kerisauan ibu bapa terhadap tahap keselamatan anak-anak ketika pergi dan pulang dari sekolah termasuk ketika berada dalam kawasan sekolah tetap ada asas yang kukuh kerana misalnya, baru-baru ini dalam tempoh empat hari, tiga murid sekolah maut dirempuh di jalan utama di hadapan sekolah mereka iaitu, di Bagan Serai, Perak; Du­ngun, Terengganu dan Alor Gajah, Melaka. Rentetan kejadian bersiri ini pihak Kementerian Pengangkutan tampil de­ngan tindakan tegas di mana akan mewartakan peraturan melarang kenderaan berat melalui kawasan sekolah pada waktu puncak sekolah. Peraturan ini dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Kita menyokong penuh langkah dan tindakan segera ini de­ngan harapan ini dapat menghentikan atau paling tidak pun dapat mengurangkan kemalangan maut membabitkan murid di hadapan sekolah. Tambahan pula dimaklumkan kerajaan juga sedang menimbang cadangan untuk mem­batalkan serta-merta lesen pemandu yang memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut, berbanding sebelum ini lesen hanya dibatalkan selepas tiga kali kesalahan dalam tempoh lima tahun.

Namun dalam hal membabitkan keselamatan anak-anak di dalam dan luar kawasan sekolah eloklah kita melihat isu ini dalam konteks yang lebih besar supaya dapat menanganinya secara menyeluruh. Hal ini penting ke­rana keselamatan murid sekolah tidak terhenti setakat kemalangan se­perti ini sebaliknya banyak lagi insiden yang turut mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko.

Misalnya, melibatkan kes penculikan pelajar sekolah. Sekali lagi kebanyakan kes culik turut berlaku di sekitar luar kawasan sekolah ketika pelajar sama ada hendak datang ke sekolah atau pulang dari sekolah. Penculik juga menjadikan kawasan luar ­sekolah sebagai lokasi yang ­paling strategik untuk menculik pelajar sekolah.

Dalam pada itu beberapa insiden yang berlaku dalam kawasan sekolah juga perlu diberi perhatian serius agar tidak terus menimbulkan kerisauan. Antara kes dalam kawasan sekolah yang sering menarik perhatian kha­layak adalah kes buli dan pen­deraan. Perlu diakui kes buli masih belum menampakkan ke­sudahan. Di samping itu insiden kemalangan di sekolah turut merisaukan misalnya kejadian tiang gol jatuh menimpa pelajar akibat kegagalan melaksanakan penyelenggaraan dengan baik juga wajar diberi perhatian serius.

Justeru penulis berpandangan adalah wajar aspek keselamatan pelajar sekolah ini dilihat secara menyeluruh. Sepatutnya kawasan dalam dan luar sekolah menjadi antara lokasi yang pa­ling selamat kepada anak-anak kita. Untuk itu semua pihak yang ter­babit perlu menilai semula ­peranan dan tanggungjawab ma­sing-masing supaya isu keselamatan di sekolah ini dapat ditangani secara menyeluruh.

Dalam kawasan sekolah ­mi­­­­­­­sal­nya, pihak pentadbir sekolah perlu terus meningkatkan peranan agar dapat menyediakan persekitaran yang selesa, selamat dan kondusif kepada pelajar. Mi­salnya, perlu memastikan semua peralatan dan prasarana yang ada di sekolah sentiasa dipantau dan diselenggara secara berkala mengikut jadual. Dalam konteks ini kekurangan bajet atau masalah kewangan tidak wajar dijadikan alasan yang boleh kompromi soal keselamatan pelajar.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu kita sudah ti­dak boleh bergantung harap se­pe­nuh­nya kepada peruntukan ke­­­­wangan dari pihak kerajaan se­ma­ta-mata apatah lagi dengan bi­­langan sekolah yang terlalu ba­nyak di seluruh negara. Maka diharapkan pihak sekolah akan le­bih gigih berusaha secara proaktif dengan kerjasama dan bantuan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mencari dana serta menyediakan kemudahan terbaik dan selamat kepada pelajar masing-masing.

Begitu juga dalam hal buli, pihak sekolah juga perlu lebih berhati-hati kerana isu ini masih berterusan terutamanya di seko­lah asrama penuh. Cari punca kenapa anak-anak ini bertindak agresif sehingga boleh mencede­rakan orang lain. Langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukannya bermusim atau apabila ada kejadian yang tidak diingini semata-mata.

Misalnya, dalam soal kemalangan maut seperti yang baru berlaku, pihak Kementerian Peng­angkutan sudah mula bertindak dengan kuat kuasa zon larangan dan kita harap pihak berkuasa tempatan juga berbuat demikian. Jika belum ada bonggol di hadapan sekolah binalah segera serta pasanglah papan-papan tanda ama­ran untuk perhatian pengguna jalan raya supaya mereka lebih berhati-hati ketika melalui kawasan hadapan sekolah.

Begitu juga halnya jika ada peruntukan dan lokasinya sesuai eloklah bina jejantas supaya anak-anak boleh melintas jalan dengan selamat. Dalam pada itu, pihak sekolah dengan bantuan PIBG juga perlu mendapatkan per­khidmatan pengawal keselamatan jika belum ada untuk bertindak sebagai warden trafik ketika waktu puncak. Malah tawaran Kementerian Da­lam Negeri untuk menggunakan khidmat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi mengawal lalu lintas di kawasan sekolah juga wajar dipertimbangkan sebaik mungkin.

Pihak polis pula diharap dapat membantu mengatasi masalah lebih berat seperti gangsterisme, penyalahgunaan dadah dan pelbagai jenayah lain membabitkan pelajar sekolah di samping kes penculikan di luar kawasan sekolah. Rondaan secara kerap serta menugaskan anggota polis untuk melakukan intipan secara berjadual wajar dilaksanakan supaya dapat mencegah kejadian penculikan dan pelbagai salah laku jenayah dalam kalangan pelajar sekolah daripada terus berleluasa. Kita tidak mahu selepas sesuatu kejadian itu berlaku barulah ma­sing-masing menuding jari me­nyalahkan pihak lain. Dalam hal ini baik dalam perimeter sekolah mahupun di luar pagar sekolah perkara pokoknya adalah tahap keselamatan anak-anak kita.

PENULIS ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sumber dipeolehi daripada Utusan Malaysia Online.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s