utusan malaysia

Jelajah Pendidikan Bumiputera dilancar

Bantu 200,000 pelajar lepasan SPM melanjutkan pengajian

NAJIB TUN RAZAK melepaskan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018  di Dataran Putra, Putrajaya, s
NAJIB TUN RAZAK melepaskan konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 di Dataran Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir Sahol Hamid Abu Bakar. BERNAMA

PUTRAJAYA 14 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan konvoi 100 pemimpin muda dan pelajar yang akan mencari 200,000 pelajar bumiputera lepasan SPM di negara ini bagi membantu mereka me­lanjutkan pengajian di institusi pendidikan serta kemahiran tinggi termasuk universiti awam.

Konvoi Jelajah Pendidikan Bumiputera 2018 (JBP 2018) itu akan mengenal pasti golongan pelajar lepasan SPM tahun 2013-2017 di 28 lokasi dalam 92 kawasan Parlimen.

Perdana Menteri melepaskan konvoi anjuran Yayasan Destini Anak Bangsa (YDAB) dan Gerakan Pendidikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B itu di pekarangan Pejabat Perdana Menteri di sini.

Konvoi melibatkan sebuah bas, enam buah kenderaan pacuan empat roda, dua buah van dan ken­deraan pelbagai guna itu dijadual tiba di destinasi pertama di Bagan Datuk, Perak pada 24 Mac ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan majlis JBP 2018 itu di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk.

Siri jelajah JBP 2018 akan ber­akhir di Sarawak pada 1 Mei.

JBP 2018 itu merupakan inisiatif cetusan Najib untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk memartabatkan tahap pendidikan anak-anak ke peringkat lebih tinggi walaupun mempunyai latar belakang berbeza.

Penaung YDAB dan juga Pengerusi Jawatankuasa Induk JPB, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, JBP 2018 menyasarkan untuk menempatkan 65,000 pelajar bumiputera lepasan SPM di 37 institusi pendidikan dan kemahiran tinggi serta universiti awam.

Beliau berkata, siri jelajah yang bermula sejak 2016 itu setakat ini telah membantu dan menempatkan 100,000 pelajar bumiputera.

“Tujuan kami adalah untuk memastikan pelajar diberi kaunseling supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran di kolej, politeknik atau universiti awam mengikut kesesuaian dan kelulusan,” katanya.

Sahol Hamid berkata, JPB 2018 tidak hanya memberi fokus kepada bidang akademik semata-mata, malah program itu turut memberi peluang kepada anak muda bumiputera menyertai bidang kemahiran untuk melahirkan tenaga pakar dalam pelbagai sektor dan bidang yang diperlukan.

Maklumat lanjut mengenai lokasi siri jelajah ini boleh didapati dengan melayari laman web http://www.jelajahpendidikan.my atau melayari Facebook, Instagram dan Twitter @JelajahPBofficial. – BERNAMA

Sumber diperolehi daripada Utusan Malaysia Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s