Program, utusan malaysia

Meningkatkan kemahiran sensori anak istimewa

PESERTA melakukan aktiviti yang menggabungkan deria dan keseimbangan bersama ibu bapa.PESERTA melakukan aktiviti yang menggabungkan deria dan keseimbangan bersama ibu bapa.

Program pendidikan khas anjuran Kementerian Pendidikan adalah untuk murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, dan pembelajaran. Pendidikan mereka direka bentuk khusus bagi mempersiap murid-murid ini bukan dari aspek akademik, tetapi lebih menjurus kepada aspek kemahiran dan penjagaan diri.

Sebagaimana teknik pendidikan yang lain, ruang sentiasa terbuka untuk segmen masyarakat lain yang berada di luar sistem persekolahan untuk sama-sama mengambil bahagian dalam memberi sokongan kepada pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.

Atas kesedaran itu, pensyarah di Institut Kepimpinan Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Dr. Donnie Adams Paramasivam menganjurkan sebuah program bagi mendekati golongan murid yang menerima pendidikan khas ini.

Program yang dinamakan Seminar dan Bengkel Senaman Terapeutik untuk Meningkatkan Kemahiran Sensori Anak Istimewa diadakan baru-baru ini, dengan bantuan geran penyelidikan dari Pusat Komuniti dan Kelestarian UM (UMCares).

“Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas mengenai pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas, dan bagaimana mereka boleh memainkan peranan untuk membantu perkembangan anak-anak mereka dalam aspek emosi, tingkah laku, kemahiran psikomotor, dan mengurangkan penampilan kecacatan.

“Anak-anak berkeperluan khas kebiasannya kurang melakukan senaman terapeutik sensori di rumah disebabkan kekurangan kemahiran ibu bapa dalam bidang ini.

“Menerusi program ini, ibu bapa telah didedahkan mengenai teknik senaman terapeutik motor kasar dan halus yang berkesan, melalui kuliah dan juga tutorial, sambil dipantau oleh pelatih.

“Pemindahan ilmu dan hasil pendedahan yang diterima dalam program ini diharapkan memberi impak yang berterusan dan berpanjangan kepada keluarga mereka, apabila senaman ini terus dipraktikkan di rumah kelak,” kata Dr. Donnie lagi.

Program tersebut dilaksanakan di beberapa buah sekolah di Lembah Klang, termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Damai, SK Sultan Alam Shah Satu, SK Seksyen 11 Kota Damansara, SK Sri Kelana dan SK Damansara Jaya 1, yang melibatkan lebih 80 orang kanak-kanak berkeperluan khas bersama ibu bapa masing-masing.

Pengarah UMCares Prof. Dr. Norzulaani Khalid berkata, pihaknya komited untuk menempatkan warganya pada segenap aspek usaha pembangunan masyarakat, termasuklah antaranya menyokong usaha berkaitan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.

“Usaha sebegini diharapkan memberi impak secara langsung dan tidak langsung dalam usaha negara menangani isu pendidikan yang pelbagai secara konsisten dan berjangka panjang,” katanya yang merasmikan program tersebut.

Menariknya, program selama sehari suntuk ini dihadiri kesemua pelajar berkeperluan khas di sekolah yang dilawati bersama ibu bapa masing-masing, walaupun diadakan pada hujung minggu.

“Adalah diharapkan hasil pendedahan yang diterima dalam program tersebut memberi kesan jangka panjang kepada ibu bapa dan anak-anak berkeperluan khas ini.

“Segala ilmu dan kemahiran yang didedahkan kepada mereka semasa program ini boleh dipraktikkan di rumah bersama anak mereka.

Buku Special Education Handbook of Therapeutic Exercises for Sensory Integration yang dibekalkan secara percuma kepada semua ibu bapa yang terlibat boleh diguna pakai sebagai bahan rujukan untuk masa hadapan,” kata Dr. Donnie.

Sumber diperolehi daripada Utusan Malaysia Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s