Uncategorized

Bahasa Melayu mampu jadi penyampai ilmu Sains, Matematik

KHALID (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Abdul Adzis sambil diperhatikan Mohd Yusof selepas Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu: Keberterimaan Istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di IPG Kampus Pulau Pinang, Georgetown, baru-baru ini. – Foto Zuhainy Zulkifli

 

GEORGETOWN : Persoalan kesesuaian bahasa Melayu untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Sains serta Matematik tidak sepatutnya timbul.

 Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohd Yusof Othman, berkata mata pelajaran terbabit adalah berkonsepkan pemahaman.

Katanya, ia lebih kepada cara melahirkan insan yang gemar berfikir daripada individu yang suka menggunakan medium teknologi.

“Tiada sebarang kajian pun yang menegaskan bahasa Melayu tidak mampu digunakan dalam dua subjek itu,” katanya pada Ceramah Umum Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu: Keberterimaan Istilah Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu di Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Pulau Pinang, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pengerusi Jawatan Kuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM), Datuk Abdul Adzis Abas dan Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, Khalid Ahmad.

Mohd Yusof berkata, negara seperti Amerika Syarikat (AS), Kanada, Australia dan New Zealand menggunakan bahasa Inggeris kerana mempunyai kaitan dengan sejarah kolonial Inggeris.

“Negara seperti Perancis, Jerman, Itali dan Switzerland pula masih menggunakan bahasa masing-masing sebagai jati diri.

“Diharapkan kerajaan dapat mengangkat bahasa Melayu ke tahap tersendiri dan jika politik hari ini memecahbelahkan bahasa, ia amat mengecewakan.

Hebat kerana berilmu

“Kita tidak boleh berasa hebat apabila (semata-mata) kita berbahasa Inggeris kerana kehebatan yang sebenar adalah kerana kita berilmu,” katanya.

Sementara itu, Abdul Adzis berkata, ceramah itu diharap dapat memupuk semangat patriotisme dan perpaduan pada peringkat nasional, sekali gus memperluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang.

“Pada masa sama, bahasa Melayu ini sendiri mempunyai nilai kesusasteraan dan agama yang wajar dipelihara,” katanya.

Ceramah dwitahunan anjuran DBP sejak 1999 itu, disertai kira-kira 650 pensyarah dan bakal guru.

Ia bertujuan menyebarluaskan maklumat mengenai fungsi, peranan dan tanggung jawab JKTBM.

Hasrat JKTBM juga mahu bakal guru didedahkan dengan Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia (MABBIM).

Sumber diperolehi daripada Berita Harian Online.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s