Rencana

STEM pupuk minat pelajar

NOR AZRI JALEL (kanan) bersama Dr. Hafizah Husain (dua dari kanan) dan Arya Xie (dua dari kiri)

NOR AZRI JALEL (kanan) bersama Dr. Hafizah Husain (dua dari kanan) dan Arya Xie (dua dari kiri) menunjukkan robot hasil gabungan Telaga Biru dan Makeblock selepas pelancaran buku mBlok dan Mcare di ibu negara baru-baru ini.

UNTUK mencapai status negara maju dan berdaya saing, Malaysia harus mempunyai sumber tenaga mahir dalam pelbagai bidang antaranya termasuklah bidang teknologi maklumat.

Untuk tujuan itu, kerajaan sejak beberapa tahun yang lalu giat memperkasa bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar untuk membentuk masyarakat yang celik dengan kemajuan teknologi.

Turut memberi sokongan terhadap usaha tersebut, Telaga Biru Sdn. Bhd. baru-baru ini telah melancarkan buku memahami pengaturcaraan dan mikropengawal bertujuan untuk memupuk minat pelajar dalam bidang STEM dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan syarikat teknologi robotik dari China, Makeblock.

Ketua Jabatan Telaga Biru Education, Nor Azri Jalel berkata, ia juga selaras dengan hasrat kerajaan dalam mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0).

Buku yang ditulis oleh Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Alam Bina UKM, Dr. Hafizah Husain itu diterbitkan untuk memberi pengetahuan dalam pengaturcaraan dan asas pengawal mikro (micro controller) serta sistem mekatronik menggunakan mBlock, papan mCore dan robot mBot.

“Ini adalah pendekatan terbaru yang kita ambil untuk memperkasa bidang pendidikan STEM terutama dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

“Kalau kita tak mula menerapkan pendidikan ini dari peringkat awal, kita akan terkebelakang dan ketinggalan dalam bidang teknologi dan inovasi,” kata Nor Azri ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku berkenaan di ibu negara baru-baru ini.

Tambahnya, usaha ini juga bertepatan dengan moto Telaga Biru Sdn. Bhd. iaitu Kreatif, Inovatif dan Dinamik.

Ini bermakna mereka bukan sahaja menumpukan penerbitan berbentuk keagamaan semata-mata, tetapi turut menuruti perkembangan semasa dalam menuju revolusi dan dunia inovasi.

Menariknya, buku tersebut didatangkan sekali dengan medium praktikal Inventor Kit sebagai kit pendidikan untuk pelajara atau kanak-kanak yang berminat.

Sementara itu, Dr. Hafizah menjelaskan, tahap pemahaman dan penguasaan pelajar dalam bidang pengaturcaraan yang masih rendah menyebabkan beliau terpanggil untuk menulis buku mengenai kaedah tersebut dengan cara yang lebih mudah difahami.

Katanya, buku-buku pengaturcaraan yang sedia ada mempumyai penerangan yang agak kompleks hingga menyukarkan pelajar untuk memahami bidang pengaturcaraan dengan baik.

“Kami lihat pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran ke peringkat universiti mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bidang pengaturcaraan memandangkan mereka menganggap bidang tersebut sebagai sesuatu yang susah untuk dipelajari.

“Jadi, kami menggunakan pendekatan papan mCore yang lebih tegap untuk memudahkan pelajar memahami bidang pengaturcaraan dengan mudah, sekali gus menarik minat mereka untuk menerokainya dengan lebih luas,” ujarnya.

Menariknya, buku berkonsepkan teknikal tersebut ditulis dalam bahasa Melayu dan memuatkan penerangan mengenai pengawal mikro dan papan pembangunan yang terdapat dalam pasaran pada halaman awal buku.

Seterusnya, ia dibahagikan kepada bahagian perisian dan perkakasan, iaitu pembelajaran asas pengaturcaraan dimulakan dengan algoritma dan carta aliran selain memberikan penerangan berkaitan cara memulakan dan menulis atur cara menggunakan perisian mBlock yang diasaskan daripada bahasa pengaturcaraan Scratch.

Dalam pada itu, Pengurus Jualan Makeblock, Arya Xie berkata, kerjasama ini dilihat sebagai satu perantis untuk membangunkan generasi muda yang celik teknologi dan kompeten pada masa hadapan.

Katanya, syarikat yang telah beroperasi selama lapan tahun dan berpangkalan di China itu akan sentiasa memberikan sepenuh komitmen untuk membantu memperkasa teknologi dalam kalangan pelajar supaya lebih banyak inovasi-inovasi terbaru yang bakal terhasil.

“Ini selaras dengan objektif awal penubuhan syarikat ini iaitu untuk mengubah cara pendidikan untuk menjadi lebih kreatif dan menarik melalui penciptaan robot pintar.

“Dengan adanya aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama robot akan membuatkan pelajar lebih memahami bidang pengaturcaraan selain meningkatkan interaksi antara mereka dengan guru,” jelasnya.

Sumber diperolehi daripada Utusan Malaysia Online

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s