Uncategorized

Pusat beli-belah mesra anak autismePusat beli-belah mesra anak autisme

WAN Mohamed bersama cucu, Muhamad Arif Zulkarnain dibantu kakitangan Sunway Putra Mall di pusat beli-belah Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Kebanyakan pusat beli-belah menterjemahkan kemeriahan suasana premis niaga menerusi sistem bunyi yang jelas serta penataan pencahayaan terang kerana ciri berkenaan mampu menggamit  kehadiran pelanggan untuk berbelanja.

Bagaimanapun, tarikan itu sebenarnya ‘kurang’ mesra kepada golongan autisme yang kebanyakannya sensitif pada bunyi bising, sentuhan dan rasa, sekali gus membuatkan mereka kurang selesa berada di luar, selain rumah sendiri.

Prihatin dengan situasi itu, Sunway Putra Mall mewujudkan prasarana membeli-belah yang mesra kepada komuniti autisme melalui inisiatif Autsome is Awesome.

Dengan inisiatif itu, menjadikan ia menjadikannya pusat beli-belah pertama di negara ini yang mempunyai ruang tersendiri untuk individu autisme.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, H C Chan, berkata menerusi komitmennya itu, pihaknya menjadikan setiap Selasa (kecuali cuti umum) sebagai hari membeli-belah mesra autisme yang ditetapkan antara jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Inisiatif itu sebagai sokongan kepada komuniti autisme yang dicetuskan dengan pusat beli-belah itu dimalapkan pencahayaan di samping kawalan bunyi sistem audio diperlahankan serta inisiatif lain,” katanya.

DINDING deria untuk kanak-kanak autisme yang pertama di Malaysia diwujudkan di pusat beli-belah Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Projek perintis berkaitan dimulakan pada Februari lalu dan beroperasi, April lalu dengan menyediakan pusat khas untuk golongan itu.

Tingkatkan pemahaman

Chan berkata, individu istimewa yang mendaftarkan diri sebagai ahli Autsome is Awesome diberikan kit khas iaitu gelang wristband, stiker meletakkan kenderaan dan kelebihan membeli-belah.

“Kelebihan sebagai ahli diberikan percuma supaya mereka merasai pengalaman membeli-belah yang selesa, menikmati tempat meletakkan kenderaan khas, diskaun di rangkaian kedai serta banyak lagi,” katanya.

Katanya, kempen Autsome itu sekali gus memberikan pengalaman beli-belah inklusif dan selesa selain meningkatkan pemahaman serta penerimaan awam terhadap penghidap Gangguan Spektrum Autisme (ASD).

BILIK tenang atau Calm Room dilengkapi dengan permainan deria, selimut tebal, bantal berukuran besar disediakan di aras bawah Sunway Putra Mall.

 

“Ibu bapa yang memiliki anak autisme sebenarnya sering mengelak berkunjung ke pusat beli-belah kerana ia akan menyebabkan anak mereka sukar mengekalkan perasaan.

“Situasi itu menyukarkan ibu bapa membawa anak ke tempat yang mempunyai ramai orang terutama apabila berdepan persekitaran cahaya yang terang, bunyi bising dan kawasan sesak dengan orang ramai,” katanya.

Kemudahan bilik tenang

Selain itu, pusat beli-belah berkenaan juga mempunyai kemudahan bilik tenang atau Calm Room yang disediakan di aras bawah, dilengkapi dengan permainan deria, selimut tebal, minyak pati dan bantal kusyen berukuran besar, boleh digunakan golongan istimewa berkenaan.

Di samping itu, pusat beli-belah berkenaan juga menyediakan dinding deria yang dilengkapi dengan tekstur mesra deria di aras dua dan tiga bangunan terbabit.

Maklumat lanjut berkaitan Autsome boleh diperoleh dengan melayari laman www.sunwayputramall.com/autsome.

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s