Uncategorized

SOP baharu aktiviti pendakian diperkenalkan

Mulai tahun depan, aktiviti pendakian bukit atau gunung melebihi 457.2 meter perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bagi tujuh peserta - Jabatan Perhutanan. FOTO NSTP
Mulai tahun depan, aktiviti pendakian bukit atau gunung melebihi 457.2 meter perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bagi tujuh peserta – Jabatan Perhutanan. FOTO NSTP

KUALA LUMPUR: Bermula tahun ini, setiap aktiviti pendakian di bukit atau gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 457.2 meter di Semenanjung perlu menepati nisbah setiap seorang jurupandu bersamaan tujuh peserta.

Pengarah Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri Jabatan Perhutanan Semenanjung, Mohd Yussainy Md Yusop, berkata peraturan baharu yang akan dikuatkuasakan pada tahun 2022 itu bagi mempertingkatkan keselamatan pengunjung serta langkah waspada pihaknya mengawal virus COVID-19.

Jabatan Perhutanan Negeri katanya akan mengenal pasti kawasan pendakian yang wajib menggunakan khidmat malim gunung perhutanan namun tiada halangan bagi pendaki untuk mengupah jurupandu bagi pendakian di bawah ketinggian 457.2m kerana kos ditanggung mereka sendiri.

“Di bawah Jabatan Perhutanan, kami sudah empat kali mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula taman eko rimba dan taman hutan negeri. Kami mahu walaupun kemudahan (aktiviti rekreasi dan pendakian) dibuka semula kepada pengunjung tetapi SOP perlu diteruskan untuk mengawal COVID-19.

“Syarat nisbah seorang jurupandu bersamaan tujuh orang bagi aktiviti di kawasan pendakian dengan ketinggian 1,500 kaki atau 457.2m adalah supaya setiap pergerakan keluar masuk hutan dapat dikawal Jabatan Perhutanan dan jurupandu.

“Kami mahu jadikan tahun 2021 sebagai kesedaran kepada setiap peserta kerana aspek penguatkuasaan akan bermula pada 2022,” katanya.https://204af6150ec879c6dac73b86c496686a.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Sehubungan dengan itu, Mohd Yussainy berkata, Jabatan Perhutanan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengadakan kursus malim gunung perhutanan di seluruh negara bagi meningkatkan pelbagai kemahiran terutama aspek keselamatan dan ilmu asas perhutanan.

“Ini sangat penting kepada jurupandu atau malim gunung. Dalam tempoh 10 tahun ini lebih 218 kes kemalangan seperti kecederaan direkodkan, bencana kepala air, sesat di luar denai pendakian termasuk 128 kes kematian.

“Kursus ini akan memberi latihan asas perhutanan termasuk perundangan, ikhtiar hidup, pengecaman tumbuh-tumbuhan yang boleh dijadikan survival mereka. Di pihak JBPM adalah lebih kepada modul keselamatan dari segi memberi bantuan kecemasan awal,” katanya.

Mohd Yussainy berkata, kursus selama lima hari itu akan diadakan setiap bulan di seluruh negara bermula Februari ini dan mengutamakan golongan belia serta warga tempatan yang mahir dengan selok-belok kawasan pendakian setempat.

Setakat ini katanya, sebanyak 3,000 permohonan diterima dan ia satu maklum balas yang positif memandangkan ramai rakyat kini menjadikan jurupandu sebagai profesion disebabkan kehilangan pekerjaan akibat COVID-19.

Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin berkata, jurupandu atau malim gunung yang terpilih mengikuti program itu akan dilatih sebagai responden pertama untuk memberi bantuan awal kepada mangsa jika berlaku kecemasan atau kemalangan ketika pendakian sebelum ketibaan bantuan daripada pihak bomba.

“Kami akan melatih jurupandu atau malim gunung ini mengikut modul JBPM seperti asas mencari dan menyelamat, bantu mula dengan peralatan bantuan kecemasan, membawa keluar mangsa ke kawasan selamat, penyelamatan di kawasan tinggi serta asas penggunaan kompas dan peta,” katanya. – BERNAMA

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s