2013, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, Pembangunan Sekolah

Bantuan persekolahan berakhir 15 Februari

4 Januari 2013, Jumaat

HULU TERENGGANU 3 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan supaya bantuan persekolahan RM100 yang disalurkan mulai 15 Januari ini mesti selesai diagihkan pada 15 Februari depan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran mahu supaya saluran bantuan persekolah tersebut diselesaikan dalam tempoh itu bagi memberi laluan kepada pembayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) seperti mana dijanjikan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat mengenai perkara itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin semalam.

“Semalam dalam keputusan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran bahawa bayaran (RM100) mesti habis pada bulan Februari.

“Ini bermakna, bermula 15 Januari mesti tamat pembayaran tersebut sehingga 15 Februari sebelum bayaran BR1M dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melawat tiga buah sekolah yang dilanda banjir dan tanah runtuh di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Intan di sini hari ini.

Beliau mengulas lanjut mengenai bayaran persekolah RM100 untuk setiap pelajar itu yang akan mula dilaksanakan pertengahan bulan ini.

Menurut Mohd. Puad, bayaran itu akan tetap dilaksanakan mulai tarikh tersebut meskipun ada mana-mana sekolah yang dilanda banjir terutama di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130104/dn_09/Bantuan-persekolahan-berakhir–15-Februari#ixzz2GxYmgjG5
© Utusan Melayu (M) Bhd

Advertisements
2013, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, Pembangunan Sekolah

Schools told not to deduct RM100 allowance

Thursday, January 03, 2013

NILAI: All schools nationwide have been cautioned not to take their own initiative to automatically deduct the RM100 school allowances which would be paid out on Jan 15.

Deputy Education Minister Dr Puad Zarkashi said last year’s case of schools deducting RM50 to pay for the Parents Teachers Association (PIBG) without the parents consent should not be repeated.

“The money should be given to the parents in full.

“The schools have no right to deduct any amount from the payout as we (the ministry) have issued a circulation on the matter,” he said at Tunku Kurshiah College here yesterday.

Puad said the government’s RM500 million payout was for all schoolchildren.

“For parents who are reluctant to accept the payment, they can return it to the schools, which will then have the responsibility of returning the money to the ministry,” said Puad, adding that keeping the money for the schools’ use would be inappropriate.

He said that schools in the district without bank accounts could expect a delay, as the money would be channelled through the respective state education departments, as was done last year.

“The department will go to the respective schools to hand out the money. For this year, we are still using the same approach, which explains the delay in delivering the payout for such schools,” he said.

The ministry would start distributing the money to parents of students from Year One to Form Five from Jan 15.

Read more: Schools told not to deduct RM100 allowance – General – New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/schools-told-not-to-deduct-rm100-allowance-1.195258#ixzz2Gs5CNc3L

2012, Arkib Berita, Bahasa, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, IPT, Masalah Guru, Subjek

Pertimbang imbuhan khas

Tweet

 
 
Kuala Lumpur: Kerajaan diminta mempertimbangkan imbuhan khas untuk tangga gaji kira-kira 30,000 guru dan pensyarah di sekolah, kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) yang memiliki ijazah lanjutan. 

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata ramai guru dan pensyarah menyahut seruan Kementerian Pelajaran untuk memperoleh ijazah lanjutan, demi transformasi pendidikan negara. 

 

“Mereka sanggup berkorban masa dan kewangan melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD), malah ada yang berjaya lulus dari universiti luar negara. 

 

“Bagaimanapun, mereka tidak menikmati sebarang ganjaran khusus untuk nilai tambah yang dimiliki. Justeru, pemberian imbuhan khas dengan kenaikan dua tangga gaji untuk lulusan ijazah sarjana dan tiga tangga gaji bagi pemegang PhD adalah wajar sebagai pengiktirafan. 

“Ini kerana ketinggian ilmu pengetahuan mereka itu akhirnya memanfaatkan pelajar juga,” katanya kepada BH, semalam. 

Sementara itu, Hashim menggesa Kementerian Pelajaran mengadakan perbincangan dengan kesatuan guru dan pihak berkepakaran dari universiti tempatan mengenai kesan pengambilan guru asing untuk mengajar pelajar di sekolah negara ini, terutama bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. 

“Adalah penting untuk kerajaan meneliti secara mendalam kebaikan dan keburukan langkah pengambilan guru asing, kerana perkara itu turut membabitkan soal kebudayaan serta kos tinggi. 
“Dalam konteks ini, NUTP menyarankan kementerian tumpu kepada pengambilan pesara guru opsyen Bahasa Inggeris tempatan untuk berkhidmat secara kontrak eksklusif bagi pengajaran subjek itu tanpa membabitkan aktiviti sekolah yang lain. 

“Ilmu mereka bukan saja setanding atau lebih baik daripada guru luar negara, malah kaya dengan pengalaman dan arif dengan budaya pelajar tempatan. Selain itu, produktiviti dan pendapatan mereka akan menyumbang balik kepada ekonomi negara,” katanya.

2012, Aliran, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, Pembangunan Sekolah, Peperiksaan, Subjek

Pupuk minat dalam subjek Sains

23 Disember 2012, Ahad

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 22 Dis. – Para guru termasuk mereka yang mengajar di sekolah rendah memainkan peranan penting untuk memupuk minat murid dalam subjek Sains sekali gus mendorong mereka memilih aliran berkenaan apabila berada di sekolah menengah.

Tokoh pendidikan, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, para ibu bapa dan pelajar juga perlu sedar bahawa aliran Sains sebenarnya membuka peluang pekerjaan yang luas kepada pelajar.

“Para guru dan sekolah perlu memberi lebih banyak penekanan kepada pengajaran Sains. Kalau murid minat sejak kecil lagi, maka mereka dengan sendirinya akan memilih aliran Sains apabila berada di sekolah menengah.

“Malaysia memerlukan pelajar Sains yang lebih ramai untuk mencapai Wawasan 2020 dan usaha untuk menambah pelajar aliran ini telah dimulakan sejak dahulu lagi di mana kita menambah baik kaedah dan alat pengajaran untuk subjek Sains,” katanya.

Alimuddin yang merupakan Pengerusi Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics berkata demikian selepas menyempurnakan majlis konvokesyen kesembilan kolej tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam dilaporkan berkata, kerajaan akan melaksanakan 15 daripada 61 perakuan yang dikemukakan Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera bagi meningkatkan penyertaan pelajar dalam bidang berkenaan.

Antara perakuan yang akan dilaksanakan termasuk penambahan pengecualian cukai kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang mengambil bidang Sains dan Teknologi di sekolah menengah (tingkatan empat dan lima) dan prauniversiti iaitu daripada RM1,000 kepada RM3,000.

Alimuddin yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran berkata, peningkatan dan penurunan keputusan dalam beberapa subjek Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang diumumkan baru-baru ini adalah fenomena biasa.

“Pelajar menjawab soalan yang berlainan, jadi jatuh dan naik keputusan itu adalah perkara yang normal. Melainkan ada kejatuhan signifikan melebihi lima peratus, barulah ia melambangkan ada perkara tertentu yang perlu diambil perhatian,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121223/dn_02/Pupuk-minat-dalam-subjek-Sains#ixzz2FvbPlIih 
© Utusan Melayu (M) Bhd

2012, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, Pembangunan Sekolah

Bantuan awal persekolahan diagih

17 Disember 2012, Isnin

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my

Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.

Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.

”Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,” kata kenyataan itu.

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013.

Pada masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta setiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada sekolah mengenai pelaksanaan bantuan antaranya termasuklah melalui surat siaran, garis panduan dan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan.

Pihak terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan mengikut format yang ditetapkan.

Selain JPN dan daerah, pihak sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara itu antaranya termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan, menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke dalam akaun KWK.

Sekolah juga perlu mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa atau penjaga murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima.

Pihak sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru sebagai saksi.

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop ‘telah bayar’ bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.

Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.

Pengetua atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121217/pe_01/Bantuan-awal-persekolahan-diagih#ixzz2FY9MiWWN
© Utusan Melayu (M) Bhd

2012, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, Masalah Pelajar, Pembangunan Sekolah

2,313 murid miskin ditawar ke SBP

24 November 2012, Sabtu

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.

Menurut Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di tingkatan satu SBP.

Murid dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan bahagian tersebut hari ini.

Menurut kenyataan itu, pihak kementerian telah menerima 105,357 permohonan untuk kemasukan ke tingkatan satu SBP dengan seramai 62,338 pemohon terdiri daripada murid perempuan dan 43,019 murid lelaki.

Tempat yang diperuntukkan ialah untuk seramai 7,710 murid iaitu 3,645 untuk murid perempuan dan 4,065 murid lelaki, menurut kenyataan tersebut.

“Dasar pengambilan murid ke SBP memberi keutamaan kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar. Justeru, Kementerian Pelajaran akan menawarkan sekurang-kurangnya 5,397 atau 70 peratus tempat kepada murid yang berasal dari sekolah pedalaman dan luar bandar,” katanya.

Kenyataan itu memaklumkan, keputusan pemilihan dan penempatan murid ke tingkatan satu SBP akan diumumkan selewatnya 16 Disember depan.

Keterangan lanjut boleh diperoleh di laman web http://www.moe.gov.my dan murid yang ditawarkan juga akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). — BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121124/pe_01/2313-murid-miskin-ditawar-ke-SBP#ixzz2DNhSWpxA
© Utusan Melayu (M) Bhd

2012, Aliran, Arkib Berita, Biasiswa/Pinjaman/Bantuan/Insentif, Masalah Guru, Pembangunan Sekolah, Subjek

Syor guru sains diberi insentif khas

Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang memberi insentif khas kepada guru yang mengajar subjek aliran sains bagi membolehkan mereka menerokai kaedah pengajaran baru, sekali gus menarik lebih ramai pelajar dalam bidang itu.Presiden Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan turut mencadangkan kerajaan menghantar tenaga pengajar terbabit mengikuti latihan amali ketika cuti sekolah.

“Kebanyakan pelajar kurang berminat mengikuti aliran sains berikutan kaedah pembelajaran yang agak membosankan kerana banyak menumpukan teori tanpa amali.

“Justeru, kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah seiring peredaran masa bagi memastikan sasaran meningkatkan pelajar sains kepada 60 peratus dapat dicapai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan menimbang memberi potongan cukai kepada ibu bapa sebagai insentif mendorong anak mereka belajar dalam aliran sains.