Maklumat Umum

Pusat Sumber BTPN Sarawak untuk warga pendidik telah ditubuhkan pada tahun 1986. Ia bermula dari sebuah bilik di Pejabat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Sarawak di Tingkat 5, Bangunan RTM, Jalan P. Ramlee, Kuching.

Untuk menampung keperluan warga pendidik yang semakin bertambah, sebuah bangunan baru di kawasan SMK Batu Lintang didirikan khas untuk Perpustakaan yang dinamakan Pusat Sumber Pendidikan Jabatan (PSPJ).

Mulai September 2005, Pusat Sumber BTPN Sarawak ditempatkan di bangunan baru BTPN Sarawak yang terletak di Kota Samarahan.

Bermula 2020, penstrukturan BTPN seluruh negara telah berlaku dan diserahkan sepenuhnya kepada JPN masing-masing. Sehubungan itu, nama baharu BTPN adalah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

PERKHIDMATAN

Perkhidmatan pinjaman dan rujukan,

Perkhidmatan mengakses internet,

KOLEKSI BAHAN

Buku-buku ilmiah

Buku-buku rujukan

Majalah,risalah dan majalah pendidikan

Jurnal

Laporan Jabatan dan Institusi-institusi lain.

KEAHLIAN

Terbuka kepada semua warga pendidik.