Uncategorized

Bakal guru terpaksa jadi jaga di sekolah

Kuala Lumpur: Cita-cita asal ke menara gading adalah untuk menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dan menjadi guru terlatih, namun selepas menamatkan pengajian hanya dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah.

Itu realiti pahit dihadapi sejumlah graduan pendidikan universiti awam (UA) apabila impian membina kerjaya sebagai guru terus buntu, sehingga terpaksa menerima apa saja peluang pekerjaan yang ada, termasuk menjadi buruh kasar yang tidak memerlukan sebarang kelayakan ijazah.

Lebih memeritkan, ijazah pendidikan yang dipegang seolah-olah ‘tidak laku’ apabila sejumlah besar syarikat dan agensi kerajaan tidak begitu berminat mengambil mereka bekerja.

Lepasan ISMP Sejarah, Riuh Mendorig, 27, terpaksa bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah menengah di Penampang, Sabah, sejak lebih dua tahun lalu selepas menamatkan pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 2018.

Sejak itu juga, Riuh sentiasa berdepan sindiran segelintir individu yang menganggap usahanya menyambung pengajian dalam bidang pendidikan untuk mencapai cita-cita menjadi guru, hanya sia-sia.

“Memang sedih dan marah apabila ada yang menyindir, namun saya anggap belum sampai rezeki. 

“Sementara belum dapat bergelar pendidik, saya menerima apa saja pekerjaan yang ada ketika ini. 

“Saya masih tidak berputus asa untuk menjadi seorang guru suatu hari nanti,” katanya kepada BH.

Ketika meninggalkan kampung halaman dan berkelana lebih 1,500 kilometer ke UPSI untuk mencapai cita-cita menjadi guru, Riuh tidak menyangka akan menjejak kaki semula di sekolah, namun kali ini sebagai pengawal keselamatan.

“Saya pernah memohon pekerjaan lain dalam sektor kerajaan mahupun swasta termasuk sebagai kakitangan sumber manusia di pusat beli-belah, namun tiada yang mahu menerima kerana saya ada ijazah pendidikan,” katanya tidak menolak ia adalah salah tanggapan lulusan universiti perlu dibayar gaji tinggi.

Sementara itu, graduan ISMP Ekonomi dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurul Syazwani Mohamad Ghaazali, 29, juga senasib dengan Riuh, masih menunggu panggilan temu duga sejak menamatkan pengajian kira-kira empat tahun lalu.

Sepanjang tempoh berkenaan, anak jati Kuala Nerus, Terengganu itu, bertukar-tukar pekerjaan termasuk menjadi guru ganti, menjual kuih raya dan kini sebagai tutor di rumah.

“Sejak konvokesyen, memang ada beberapa panggilan temu duga, tetapi bukan untuk pengkhususan ekonomi kerana pengkhususan ini tidak dibuka sejak lima tahun lalu. 

“Hakikatnya, graduan pendidikan dilatih mengajar pelbagai subjek. 

“Saya sebagai tutor di rumah, kini mengajar beberapa mata pelajaran, termasuk untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

” Ada rakan dipanggil temu duga atas kuota pengkhususan mereka tetapi apabila masuk ke sekolah, mengajar subjek lain. Jadi, mengapa panggilan temu duga masih mengikut pengkhususan?

“Saya tidak cemburu kepada graduan ISMP yang sudah berjaya bergelar guru, cuma berharap diberi peluang untuk ditemu duga kerana cita-cita untuk bergelar pendidik masih belum terpadam,” katanya.

Graduan ISMP Muzik, Richard Antaim, 28, yang tamat pengajian di UPSI pada 2018, kini meneruskan kelangsungan hidupnya dengan menjual sayur di Kampung Ratau di Kota Belud, Sabah, sejak lebih setahun lalu kerana belum dipanggil untuk ditemu duga sejak tamat konvokesyen.

“Nasib sama turut dialami 33 rakan lepasan ISMP Muzik bagi tahun sama dengan saya. 

“Saya pernah cuba meminta pelbagai pekerjaan termasuk sebagai kerani, namun majikan mungkin ragu-ragu untuk ambil bekerja kerana mungkin anggap saya akan berhenti apabila memperoleh panggilan temu duga guru nanti,” katanya.

Sebagai penyelesaian jangka pendek, dia yang kini berpendapatan RM500 hingga RM800 sebulan, berharap kerajaan akan mengubah dasar dengan mengutamakan graduan pendidikan bagi pengambilan guru interim, berbanding membukanya kepada mana-mana lepasan universiti tanpa mengira kursus yang dipelajari.

“Pengambilan guru interim lebih mendahulukan pemegang ijazah selain pendidikan, atas alasan kami akan ditawarkan temu duga menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). 

“Kami agak terkilan kerana ada lambakan graduan pendidikan, tetapi tiada asas mengajar pula diberi keutamaan,” katanya.

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Terus berharap dapat mengajar di sektor awam

Kuala Lumpur: Graduan pendidikan dari 13 universiti awam (UA) masih mengharapkan jawatan guru sektor awam.

Atas sebab itu, mereka tetap sabar menunggu tawaran menjadi pendidik di sekolah Kementerian Pendidikan (KPM) selepas menamatkan pengajian walaupun ada yang menamatkan pengajian 10 tahun lalu.

Difahamkan, seramai 4,390 lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) menamatkan pengajian masing masing antara 2011 hingga 2020 dan sebahagian mereka dikatakan belum mendapat panggilan temu duga.

Hasil kaji selidik oleh Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA) membabitkan 13 UA setakat Januari tahun lalu, mendapati isu lambakan graduan pendidikan belum mendapat penempatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 sudah berlarutan sekian lama dan belum nampak ada penyelesaiannya.

Keadaan itu menyebabkan ada dalam kalangan graduan terbabit yang bercita-cita menjadi guru sejak kecil, terpaksa mencari rezeki sebagai buruh kasar, pengawal keselamatan ataupun bertukar pekerjaan demi meneruskan kelangsungan hidup.

Jurucakap GGPUA, Chonnel George, berkata isu lambakan graduan pendidikan kini semakin kritikal, khususnya membabitkan siswazah dalam pengkhususan subjek tertentu yang dianggap ‘tidak diperlukan’, antara lain Matematik, Geografi, Keusahawanan dan Ekonomi.

“Walaupun isu ini telah berlanjutan sekian lama, masih tiada penyelesaian tuntas dilihat diambil hingga kini, tiada jaminan penempatan untuk graduan pendidikan UA.

“Kami yang digelar ‘bakal guru’ sudah melalui proses pengajian selama lebih empat tahun untuk bergelar pendidik, namun akhirnya tiada jaminan diberikan.

“Keadaan ini semakin kritikal, terutama membabitkan graduan pendidikan dalam kursus yang mungkin ‘tidak diperlukan’ di sekolah, sedangkan bilangan graduan kursus itu terus bertambah saban tahun. 

“Ada graduan kursus tertentu yang tidak dipanggil langsung (untuk temu duga) sejak beberapa tahun lalu sedangkan jumlah pelajar dan graduan terus bertambah,” katanya kepada BH.

Berdasarkan data dikumpulkan GGPUA, antara kursus mencatat jumlah tertinggi lepasan ISMP yang belum mendapat penempatan ialah Sejarah dengan 337 graduan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (293) serta Matematik (231).

Reka Bentuk dan Teknologi (227), Pendidikan Islam (205), Ekonomi Rumah Tangga/Sains Rumah Tangga (202), Pendidikan Khas (201), Geografi (171) serta Teknologi Maklumat dan Multimedia (164).

Katanya, kaji selidik GGPUA mendapati hampir 800 daripada 4,390 graduan pendidikan itu masih menganggur, manakala 128 graduan terpaksa memilih pekerjaan yang tidak memerlukan kelayakan akademik demi sesuap nasi.

“Ada graduan yang bernasib baik apabila diterima bekerja di syarikat swasta, namun hakikatnya pemegang ISMP sukar mendapat pekerjaan. Ini bukan soal pilih kerja, cuma bekerja mengikut padanan kemahiran.

“Graduan pendidikan sukar mendapat kerja kerana majikan menganggap mereka hanya akan bekerja sementara sebelum menjadi guru,” katanya.

Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, Chonnel mencadangkan Kementerian Pendidikan (KPM) membuka peluang kepada lepasan ISMP yang dikhususkan untuk mengajar di sekolah menengah, supaya mengisi kekosongan di sekolah rendah termasuk sekolah jenis kebangsaan (SJK).

“GGPUA ada dimaklumkan baru-baru ini mengenai lebih 1,000 kekosongan di SJK Cina. Justeru, lebih baik lepasan ISMP daripada UA ditempatkan di SJK terbabit. Hakikatnya, graduan pendidikan sudah terlatih sebagai guru dan pasti boleh menyesuaikan diri mengajar di sekolah rendah. 

“Yang penting, hati dan tekad mereka untuk menjadi pendidik. KPM perlu mempertimbangkan perkara ini atau mengambil langkah lebih drastik kerana UA masih melahirkan ribuan graduan pendidikan setiap tahun dan jika tiada penyelesaian, lambakan itu akan terus bertambah,” katanya.

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Permainan dalam talian suntik elemen ceria PdPR

Pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kembali lagi buat kali ketiga. Hal ini sebenarnya bukanlah di luar jangkaan jika kita melihat senario semasa pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Justeru apabila Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan bahawa PdPR yang dilaksanakan pada Januari lalu kini dimulakan kembali selepas Aidilfitri selama 10 hari, ia bukanlah terlalu mengejutkan.

Persoalannya, adakah guru dan murid sudah bersedia? Berdasarkan pengalaman sebelum ini, terlalu banyak rungutan mengenai kaedah pembelajaran PdPR.

Bosan, tertekan, malah ada murid yang tidak hadir ke kelas kerana pelbagai masalah termasuk ketiadaan gajet atau tiada liputan perkhidmatan telekomunikasi.

Bagaimanapun, dari satu sudut yang lain guru seharusnya sudah bersedia kali ini untuk berhadapan PdPR. Kaedah mengajar membosankan atau statik seperti yang menjadi rungutan sebelum ini seharusnya sudah tiada.

Guru seharusnya sedar murid masa kini adalah generasi digital. Ini bermakna, mereka lebih berminat dengan penggunaan teknologi berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti generasi terdahulu.

Justeru, satu daripada kaedah yang boleh diusahakan guru untuk menjayakan PdPR adalah dengan menggunakan kaedah permainan dalam talian atau disebut juga sebagai gamifikasi.

Permainan dalam talian mempunyai pelbagai ciri-ciri menarik yang boleh disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid, meningkatkan motivasi dan penyertaan mereka dalam proses pembelajaran.

Kaedah ini dari satu segi, berupaya mengurangkan beban guru dalam penyediaan soalan serta penandaan jawapan.

Sebagai contoh, Kahoot! dan Quizizz adalah antara dua program permainan dalam talian yang boleh memperkukuhkan pembelajaran murid.

Terdapat dua kebaikan utama yang boleh dicapai oleh guru dan murid apabila mereka mengintegrasikan permainan dalam talian dalam proses PdPR.

Pertamanya, permainan dalam talian dapat meningkatkan tahap motivasi pembelajaran murid dan mengekalkannya. Kedua, ia dapat mengurangkan beban kerja guru. Misalnya, menerusi permainan dalam talian membolehkan guru terus memberikan jawapan bagi setiap soalan diberikan selepas murid selesai menjawabnya.

Apabila murid menggunakan permainan dalam talian itu, guru mendapat maklum balas secara automatik. Pada semua tahap, jawapan yang betul bagi setiap soalan akan disediakan.

Murid juga boleh melihat jawapan mereka dan menilai semula jika ia salah. Hal ini boleh terjadi dalam tempoh singkat, serta-merta, malah dalam persekitaran yang sama. Jawapan kepada soalan juga akan segera tertera. Mereka berpeluang membuat pembetulan dan pengubahsuaian terhadap teknik belajar dan cara mereka berfikir.

Keadaan ini membolehkan mereka belajar daripada kesilapan malah saling berlumba untuk menjadi murid yang menjawab paling betul dengan banyak.

Strategi permainan dalam talian yang baik membolehkan murid menjadi lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran dan meningkatkan tahap pengekalan tumpuan mereka.

Secara tidak langsung ia dapat memupuk dan mempraktik teknik penyelesaian masalah menerusi pelbagai tahap yang berbeza apabila menggunakan permainan dalam talian. Murid juga boleh bermain mengikut masa dan tempat yang mereka mahu.

Selain itu, paparan skrin yang menarik, pilihan warna serta latar belakang muzik turut membantu mengekalkan minat murid dalam bermain permainan dalam talian.

Ada kala mereka akan diberi kata-kata pujian seperti hebat, bagus selain disertakan animasi, bunyi tepuk tangan atau visual yang menarik. Ini akan menaikkan lagi semangat murid untuk mencuba dan menjadi bangga dengan pencapaian mereka.

Selain itu terdapat juga perisian permainan dalam talian ini membenarkan pemain melanjutkan masa atau tempoh permainan apabila mereka berjaya mencapai sesuatu tahap pencapaian. Adakalanya penerangan dalam bentuk ‘flag’ disediakan bagi soalan yang salah. Ini membantu murid belajar secara berdikari.

Bagi meningkatkan emosi dan hubungan sosial murid pula, mereka patut diberi pujian selepas berjaya menamatkan permainan atau mendapat markah tinggi. Amalan ini adalah sebahagian usaha untuk menggalakkan murid supaya mengambil bahagian yang aktif di dalam proses pembelajaran.

Satu lagi kebaikan pengajaran secara permainan dalam talian ialah guru boleh membina soalan ujian dan peperiksaan serta menanda kertas jawapan di dalam ruang perisian itu.

Apabila terdapat ramai murid dalam kelas, maka beban kerja guru juga bertambah. Kini banyak soalan ujian merangkumi pelbagai topik dan bidang sudah disediakan secara percuma atau dengan caj bayaran yang minima di dalam talian.

Satu lagi keistimewaannya, penggunaan permainan dalam talian membolehkan guru membina bank soalan dan perisian itu yang akan menyusunnya.

Oleh itu, setiap murid akan mendapat set soalan yang berbeza. Ini membantu guru dalam mengurangkan tahap meniru murid sekiranya ujian itu dijalankan dalam kelas. Murid tidak boleh bertanya jawapan daripada rakan lain kerana turutan soalan yang berbeza.

Apabila soalan ujian diletakkan dalam sistem pengurusan pembelajaran dalam talian, pendidik boleh mengakses soalan berkenaan di mana sahaja mereka berada asalkan mereka mempunyai capaian internet.

Sebenarnya dalam pelaksanaan PdPR, guru berperanan untuk memastikan pelajar terbabit secara aktif, memahami peraturan, menjaga emosi dan mengawasi hubungan sosial. Kelebihan yang terdapat di dalam penggunaan aplikasi seperti ini di dalam tempoh pelaksanaan PdPR diyakini akan dapat mengekalkan motivasi pembelajaran murid.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Pusat Kajian Inovasi Pembelajaran dan Pengajaran Fakulti Pendidikan UKM

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Kesedaran keselamatan maklumat masih rendah

PERKEMBANGAN digitalisasi, automasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terutama ketika era COVID-19 menunjukkan peningkatan ketara industri membenarkan pekerja bekerja dari rumah.

Penggunaan peranti digital amat meluas dengan kebanyakan pekerja melaksanakan urusan pejabat dalam talian seperti perbincangan, perkongsian dokumen dan maklumat melalui pengkomputeran awan.

Konsep internet benda (IoT) menghubungkan pelbagai peranti dengan sambungan internet dan kemampuan analitik data kuat mengubah cara kita bekerja, hidup serta bermain. Bagaimanapun, IoT menimbulkan cabaran besar seperti peningkatan ancaman keselamatan siber membabitkan penipuan dalam alam maya dan pelanggaran data.

Di negara ini, sektor perbankan mengeluarkan peringatan penipuan mengenai laman web bank dalam talian palsu dicipta penjenayah siber untuk mencuri maklumat perbankan pelanggan.

Penjenayah siber cuba memikat pelanggan untuk memasuki ke laman palsu melalui mesej dihantar melalui WhatsApp, perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.

Pada tahun lalu, 4,194 kes serangan siber direkodkan seperti didedahkan Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Md Shah Nuri Md Zain.

Ini termasuk jangkitan ransomware, iaitu virus berbahaya menyerang komputer dan pencerobohan data, masing-masing menyumbang 2,066 dan 1,352 kes.

Serangan ransomware mengunci pengguna daripada peranti mereka dan menyulitkan fail disimpan atau dikongsi pengguna di alam maya. Ini memaksa pengguna membayar sejumlah tebusan untuk mendapatkan kembali fail itu.

Ransomware paling terkenal ialah Wannacry memberi kesan buruk kepada lebih 100,000 organisasi di sekurang-kurangnya di 150 negara. Berdasarkan analisis CyberSecurity Malaysia (CSM) pada 2018, insiden ransomware menunjukkan penyerang siber cenderung menyasarkan organisasi dengan menggunakan ransomware bagi mendapatkan keuntungan dalam bentuk kewangan.

Ini mengakibatkan perbelanjaan kewangan besar seperti kos pemulihan data dan operasi serta perbelanjaan lain berkaitan.

Namun, harus diingatkan penyelidikan mendapati 95 peratus insiden keselamatan siber berkaitan kesalahan pengguna siber itu sendiri.

Walaupun banyak organisasi menerapkan teknologi keselamatan terkini seperti penggunaan biometrik, firewall, kad pintar dan enkripsi, tingkah laku pengguna terhadap keselamatan maklumat masih amat membimbangkan.

Ini boleh menimbulkan masalah keselamatan maklumat yang akan memberikan kesan tidak baik kepada organisasi. Kajian lepas mendapati kemajuan teknologi tidak cukup untuk memastikan keselamatan maklumat berkesan sekiranya tingkah laku keselamatan maklumat pengguna siber masih rendah.

Tingkah laku pekerja seperti tidak mencipta kata laluan kuat, berkongsi kata laluan, membiarkan peranti disambungkan ke internet tanpa sebarang perlindungan dalam talian dan log masuk ke sistem syarikat melalui rangkaian tidak selamat.

Selain itu, pekerja juga cuai ketika mengendalikan data dan maklumat organisasi banyak menyumbang kepada risiko ancaman keselamatan maklumat dalam organisasi.

Oleh itu, pihak eksekutif organisasi dan pengurus keselamatan maklumat perlu memberi kesedaran keselamatan maklumat kepada semua pekerja terutama ketika urusan kerja perlu dilakukan secara digital daripada rumah.

Pengurusan organisasi perlu menyatakan visi dan strategi jelas untuk keselamatan maklumat dalam memerangi sebarang ancaman keselamatan siber.

Banyak organisasi menggunakan pelantar digital dalam pelbagai urusan perniagaan. Ini akan menimbulkan risiko insiden keselamatan tinggi.

Oleh itu, pengurusan perlu menunjukkan sokongan terhadap tingkah laku keselamatan maklumat dengan mengatur dan mengembangkan latihan keselamatan maklumat, program kesedaran serta pelaksanaan polisi keselamatan maklumat (ISP) intensif.

Latihan keselamatan maklumat, program kesedaran dan pelaksanaan ISP ialah kaedah menyampaikan maklumat keselamatan serta kesedaran kepada pekerja mengenai kepentingan mengamalkan tingkah laku perlindungan keselamatan siber terutama pada era pandemik mengehadkan urusan secara fizikal.

Begitu juga, pihak pengurusan perlu memastikan kandungan ISP jelas dan senang difahami semua pekerja di organisasi, manakala program kesedaran perlu dilaksanakan secara berkala dan kerap.

Pensyarah Kanan, Jabatan Teknologi dan Pengurusan Pengajian Rantaian Bekalan, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Selangor

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Jenaka rogol di kelas bukti adab mendidik kian terabai

hiasan

SISTEM sekolah yang baik akan melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik dan kokurikulum, namun mempunyai sahsiah terunggul.

Transformasi pendidikan komprehensif penting bagi melahirkan pelajar kelas pertama yang mampu bersaing pada peringkat global. Guru pula dilihat pengaruh terbesar di sekolah sebagai pengajar yang membantu membentuk diri murid.

Sejak di bangku sekolah rendah, murid mudah terpengaruh keadaan sekeliling bukan sahaja dengan rakan sebaya, malah perilaku guru secara langsung ataupun tidak.

Saban hari, peranan guru semakin mencabar. Guru adalah ibu bapa kedua bagi murid di sekolah. Tidak hairanlah jika guru rapat bersama murid.

Apa yang menjadi kejutan baru-baru ini adalah pengakuan seorang pelajar sekolah menengah bahawa seorang guru membuat jenaka berkaitan isu rogol dalam kelas. 

Ia mengundang reaksi negatif dan kemarahan pelbagai pihak, khususnya ibu bapa pelajar. 

Apa yang dilihat hari ini sangat menyedihkan, apabila ramai guru tidak menyedari isu sensitif ini sebenarnya mampu memberi pengaruh buruk kepada pelajar suatu hari kelak. 

“Sebab mereka tidak faham perkara itu adalah salah. Di situlah salah sistem pendidikan kita yang tak mengajar perbuatan salah. Hanya fokus kepada bidang akademik dan tidak kepada moral, adab dan akhlak pelajar kita,” kata seorang pelajar yang menjadi mangsa isu gurauan rogol.

Mangsa jenaka rogol juga menyatakan guru berkenaan memberitahu pelajarnya untuk merogol wanita yang berumur di atas 18 tahun sahaja kerana undang-undang berkaitan jenayah ini kurang berbanding merogol remaja berusia 18 tahun ke bawah.

Ramai pelajar lelaki khususnya tertarik dengan jenaka sensitif ini, namun tidak pelajar perempuan. Kebanyakannya malu, tetapi takut untuk menyuarakan masalah dialami.

Jika perkara ini tidak dibendung, ia akan menjadi ikutan pelajar pada masa akan datang di mana kehormatan wanita tidak lagi dipandang tinggi. Lebih parah, jika ada antara pelajar lelaki mengaplikasi gurauan buruk itu dalam kehidupan seharian.

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubati? Berapa ramai pelajar lelaki yang akan terpengaruh dengan pemikiran toksik sedemikian? Tepuk dada tanya selera. 

Jika perkara ini tidak dibendung, hasrat kerajaan melahirkan pelajar berkualiti dan unggul dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual hanya angan-angan Mat Jenin.

Pantang kutu dicukur, pantang manusia dihina. Isu rogol bukan perkara yang boleh dibuat jenaka kerana nilai maruah wanita tidak terletak kepada gurauan, namun kehormatan.

Setiap guru mesti beriltizam meneroka pelbagai cabang ilmu bagi memperbaiki diri kerana guru bukan pengajar semata-mata, namun seorang pembimbing untuk menjadikan pelajar insan berguna kepada bangsa dan negara suatu hari nanti.

Sistem sekolah perlu dilihat dan dikaji semula supaya situasi ini tidak berulang. Kita pula, jangan menyalahkan guru sepenuhnya disebabkan peranan mereka semakin mencabar dan kompleks susulan perubahan sistem pendidikan disebabkan wabak COVID-19 yang semakin menjadi-jadi.

Sesungguhnya tiada manusia dapat lari daripada melakukan kesilapan. Jadikan pengalaman dan kesalahan lalu sebagai pendorong untuk terus maju bagi memikul tanggungjawab mulia ini.

Setiap guru umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika itu dirinya begitu bernilai. 

Setiap guru mesti memiliki wawasan unggul bagi melonjak kualiti pendidikan seiring negara maju lain supaya dapat melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum, namun memiliki keperibadian luhur supaya dapat menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

Nur Alyssa Fitri Azlan, 
Mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Pendidikan norma baharu: beban atau amanah?

- Gambar hiasan

Pendidikan hari ini semakin mencabar dalam landskap baharu era digital. Cabaran utama proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran tidak terhad kepada pencapaian hasil pembelajaran sebaliknya menjangkaui kepada persoalan menjadi atau tidaknya murid itu secara menyeluruh.

Seiring dengan perkembangan revolusi digital, pengkhususan terhadap sesuatu bidang kerjaya seharusnya diperluaskan kepada pendekatan rentasan pelbagai bidang kerjaya yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja masa depan.ADVERTISING

Dalam konteks ini, pendidikan perlu memberi fokus kepada pembinaan insan yang menyeluruh serta bersedia untuk berhadapan isu dan cabaran sejagat.

Susulan itu, peranan sekolah, komuniti dan ibu bapa perlu disemak semula dan diterjemahkan dalam bentuk baharu yang bersesuaian dengan perkembangan teknologi digital hari ini.DISYORKAN UNTUK ANDA

Persoalannya, apakah bentuk kerjasama yang diharapkan oleh pihak sekolah dan guru terhadap ibu bapa dan komuniti? Adakah ia masih seperti sebelum ini atau memerlukan satu wahana baharu? Di pihak ibu bapa pula, adakah kerjasama ini satu bebanan atau amanah?

Ibu bapa adalah individu penting di dalam setiap aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh anak-anak baik di rumah mahupun di sekolah.https://d1480cce9aed5bc09319903307b519da.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Pembabitan ibu bapa dalam aktiviti pembelajaran anak-anak akan secara langsung membantu perkembangan mereka khususnya dalam aspek kognitif, emosi, jasmani dan sahsiah.ADVERTISING

Namun, tidak dapat dinafikan terdapat segelintir ibu bapa yang berpendapat bahawa mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan adalah tugas pihak guru dan sekolah sahaja.

Sebenarnya, perkembangan pendidikan anak-anak perlu diberi perhatian khusus kerana prosesnya bermula sejak mereka masih kecil dan tentu sekali ia bermula daripada ibu bapa.

Pandemik COVID-19 menyaksikan peranan dan tanggungjawab pendidikan formal tidak hanya terletak kepada pihak sekolah sebaliknya juga komitmen ibu bapa.

Perubahan persekitaran pendidikan ini secara tidak langsung memperkembangkan idea pendidikan di rumah (homeschooling) yang semakin mendapat tempat di hati ibu bapa. Idealisme pendidikan di rumah terus berkembang dengan memperlihatkan bahawa pendidikan anak-anak adalah amanah dan tanggungjawab yang seharusnya dipikul oleh setiap ibu bapa.

Tidak dapat dinafikan bahawa idealogi pendidikan di rumah memerlukan komitmen ibu bapa sepenuhnya dalam proses mendidik anak-anak sewaktu sesi persekolahan arus perdana. Ini bermakna salah seorang, ibu atau ayah sahaja yang bekerja, manakala seorang lagi akan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perancangan pembelajaran anak-anak.

Namun, hal itu tidak demikian dengan situasi dan fenomena hari ini yang dilanda pandemik COVID-19, di mana ibu bapa mempunyai komitmen terhadap pekerjaan selain turut bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak sepenuhnya.

Persoalannya, apakah bentuk kerjasama pintar yang seharusnya digerakkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa dalam sistem pendidikan hari ini ? Adakah adaptasi dan penyesuaian peranan ibu bapa dalam bentuk pendidikan di rumah perlu diterjemahkan dalam persekolahan arus perdana?

Perkembangan teknologi digital mutakhir turut membentuk persekitaran pendidikan baharu hari ini. Namun demikian, kepentingan pembabitan ibu bapa dalam proses pendidikan anak-anak masih sama.

Kerjasama ibu bapa, guru dan komuniti dapat membentuk perwatakan serta jati diri anak-anak. Tambahan pula, kerjasama erat pihak sekolah dengan ibu bapa dapat memperkukuhkan nilai serta adab berbahasa yang diterapkan oleh keluarga sehingga ke sekolah. Kerjasama ini juga amat penting bagi seorang guru untuk merancang dan menyediakan aktiviti selain dapat menarik perhatian mereka bersesuaian dengan nilai juga kepercayaan keluarga serta komuniti.

Selain itu, kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah secara tidak langsung meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap proses pembelajaran anak-anak di sekolah.

Hari ini, dalam mencapai hasil pembelajaran yang maksimum dan menyediakan anak-anak dengan persekitaran pembelajaran kondusif, ibu bapa perlu memahami keperluan mereka yang berbeza-beza dalam proses belajar.

Ibu bapa sebagai pemegang amanah dalam pendidikan anak-anak seharusnya tidak hanya bertindak sebagai penyedia keperluan asas pendidikan seperti pakaian, alatan pembelajaran dan buku-buku secara fizikal, sebaliknya perlu juga berperanan sebagai guru dan pembimbing kepada anak-anak dalam proses pembelajaran.

Tugas dan amanah mendidik anak-anak khususnya dalam persekitaran digital hari ini tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Bentuk kerjasama ibu bapa dan sekolah dalam pembelajaran anak-anak seharusnya menjangkaui peranan sebagai penyampai ilmu dan penyedia keperluan pembelajaran. Antaranya, manfaatkan kepelbagaian perkembangan teknologi hari ini, dengan mewujudkan pelbagai saluran komunikasi berkesan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan guru.

Keterlibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak secara langsung membolehkan guru serta ibu bapa akan lebih bekerjasama untuk menyediakan pelbagai medium pembelajaran serta sumber pembelajaran yang bersesuaian untuk membantu anak-anak ini menguasai pembelajaran.

Sesungguhnya ruang dan peluang kerjasama yang wujud dalam persekitaran pembelajaran hari ini seharusnya diterima baik oleh ibu bapa sebagai pelengkap kepada amanah yang dipertanggungjawabkan berbanding sebagai satu bebanan.

Kerjasama ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak baik di rumah mahupun di sekolah juga secara langsung dapat meningkatkan kebolehan seseorang kanak-kanak dari segi kognitif, emosi, fizikal, rohani dan sahsiah.

Berdasarkan pelbagai model pembabitan ibu bapa yang dibincangkan di atas, terdapat beberapa elemen utama bentuk kerjasama ibu bapa-guru sekolah dapat disimpulkan dalam memastikan matlamat utama sesebuah pendidikan. Antaranya gaya keibubapaan, komunikasi, kesukarelawan, kepimpinan dan kolaborasi dengan komuniti.

Namun jika diteliti dan diperhalusi, persoalannya adakah elemen ini masih relevan dalam usaha kita menerajui pendidikan berkualiti bertaraf global?

Perlukah diperhalusi bentuk kerjasama ibu bapa-guru-sekolah dalam menyediakan landskap pendidikan Revolusi Industri 4.0? Atau kita masih lagi bertarik tolak mengenai peranan dan tanggungjawab ibu bapa-guru dan sekolah-komuniti dalam pembelajaran anak-anak?

Pendidikan anak-anak dalam landskap pendidikan digital sesungguhnya memerlukan kerjasama sepenuhnya antara ibu bapa dan guru (sekolah) yang mana ia secara langsung membantu perkembangan kanak-kanak.

Penulis adalah Pensyarah Kanan di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Langkah awal mansuh pendidikan berorientasi peperiksaan

Pemansuhan UPSR disambut dengan pelbagai pandangan. - Foto hiasan

Akhirnya, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dimansuhkan selepas cadangan mengenainya mula diperkatakan sejak 2010. Ketika itu, usul berkenaan pernah dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun ia tidak dilaksanakan kerana terdapat beberapa pandangan dan bantahan.

Justeru pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin minggu lalu bukanlah perkara baharu sebenarnya.

Pemansuhan UPSR disambut dengan pelbagai pandangan. Bagi pihak yang bersetuju, keputusan itu dilihat langkah bijak kerana sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia berubah daripada berorientasikan peperiksaan kepada pendidikan yang tidak memberi tekanan kepada murid, guru dan ibu bapa.

Hal ini disebabkan wujudnya kecenderungan untuk mengejar gred dan ranking sekolah terbaik. Susulan itu ia secara tidak langsung memberi tekanan dan beban yang tidak sepatutnya kepada murid.DISYORKAN UNTUK ANDA

Sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan sebenarnya melahirkan murid yang lebih bersifat realistik dan mengutamakan diri sendiri dengan tujuan mendapat keputusan baik dalam peperiksaan. Sedangkan di peringkat usia sebegitu mereka perlu didedahkan dengan ekologi pembelajaran yang merangsangkan.

Mereka seharusnya diberi peluang untuk membina keupayaan diri dalam semua aspek perkembangan melalui persekitaran yang membantu memotivasikan diri untuk belajar.

Bagaimanapun, bagi pihak yang menolak pengumuman pemansuhan UPSR, ketiadaan sistem peperiksaan sebegitu dikatakan akan menyebabkan murid leka dan tidak belajar bersungguhsungguh. Mereka beranggapan hanya melalui peperiksaan sahaja pencapaian murid dapat dinilai dengan baik sekali gus menentukan prestasi akademik sepanjang berada di sekolah rendah.

Sebenarnya, UPSR banyak menghabiskan masa guru dalam mempersiapkan murid. Guru terpaksa menghabiskan silibus bagi mata pelajaran utama yang perlu diambil murid dengan pelbagai kaedah pengajaran bermula dengan pemahaman, hafalan hinggalah latih tubi.

Murid dan guru tidak diberi peluang untuk belajar dan mengajar secara kreatif susulan perlu mengejar silibus sebelum menduduki peperiksaan dalam dewan.

Sedangkan pembelajaran sebenarnya perlu dilakukan dalam suasana menyeronokkan, bukannya keadaan tertekan dan bimbang dengan pencapaian murid dalam UPSR.

Justeru tumpuan sebegitu, mata pelajaran yang tidak tersenarai dalam peperiksaan diabaikan. Misalnya subjek Pendidikan Jasmani dan Seni yang dianggap tidak penting. Ibu bapa pula berlumba-lumba untuk menghantar anak mereka ke kelas tambahan seawal mungkin dan ada sesetengahnya bermula sejak Tahun Satu.

Tujuannya tidak lain, untuk memastikan anak mendapat keputusan yang baik dan dapat memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Sikap sebegini bukan sahaja memberi tekanan kepada anak tetapi ibu bapa itu sendiri terpaksa menyediakan perbelanjaan lebih untuk membayar yuran kelas tambahan. Ini tidak termasuk aspek masa yang digunakan untuk menghantar anak ke kelas tambahan. Bagi keluarga yang tidak berkemampuan mereka hanya mengharapkan kelas tambahan disediakan oleh pihak sekolah.

Bayangkan anak kita menjadi mangsa kepada sistem pendidikan yang tidak memikirkan perkembangan holistik yang sepatutnya berlaku di usia sebegini. Susulan pemansuhan itu, isu lain yang timbul bagaimana murid dinilai untuk kemasukan ke SBP?

Soalan itu mungkin relevan namun tahun lalu, bukankah sudah ada satu mekanisme digunakan untuk menilai, menapis dan memilih murid ke SBP?

Tahun lalu, ketika kes COVID-19 mencanak naik dan sekolah ditutup dalam jangka masa agak lama, sistem pemilihan ke SBP dibuat dengan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Menerusi PBS, pencapaian murid dinilai berdasarkan pentaksiran secara holistik dari aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani).

PBD pula murid dinilai berdasarkan tiga komponen utama iaitu Pentaksiran Psikometrik, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum. PBD yang dilaksanakan lebih menjurus kepada membantu dalam perkembangan pembelajaran murid di samping menolong guru menambah baik pengajaran mereka dengan tidak membandingkan tahap penguasaan murid. Ia memberi satu dimensi baharu dalam mengukur penguasaan murid menerusi semua aspek yang dinilai.

Bagi kemasukan ke SBP, KPM melakukan pemilihan menerusi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus. Pelaksanaannya dibuat sejak tahun lalu susulan pembatalan UPSR. PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 ke sekolah khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian menggunakan kaedah ‘single entry point’.

‘Single entry point’ ini merujuk kepada sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana masih ada cara terbaik untuk membolehkan anak mereka ke SBP.

Namun adalah dicadangkan untuk Kementerian Pendidikan (KPM) meneliti dengan lebih terperinci keperluan dalam menyediakan pentaksiran ini dari aspek kemahiran guru dan jumlah murid dalam kelas.

Perkara paling akhir yang kita inginkan adalah membebankan guru dengan menyediakan laporan kemajuan murid yang akhirnya guru sendiri tidak telus dalam menyediakan laporan itu.

Pemansuhan UPSR akan menjadi satu tanggungjawab besar dalam pendidikan bagi memastikan murid diberi keutamaan dalam menggilap potensi diri mereka dalam semua aspek selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Secara mudahnya, kita tidak lagi membebankan mereka untuk memenuhi hasrat orang dewasa sedangkan kita sendiri tidak memenuhi fitrah naluri mereka sebagai kanak-kanak.

Semoga generasi tanpa UPSR ini akan menjadi pewaris negara yang berpotensi dalam semua aspek perkembangan.

Penulis adalah Pensyarah Kanan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Predator mudahkan kanak-kanak lapor jenayah siber

Ahli NGO Monsters Among Us mengendalikan pelancaran Lapor Predator di Petaling Jaya baru-baru ini.
Ahli NGO Monsters Among Us mengendalikan pelancaran Lapor Predator di Petaling Jaya baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Melihatkan semakin ramai kanak-kanak menjadi mangsa jenayah siber, mendorong organisasi belia, ‘Monsters Among Us’ mewujudkan ‘chatbot’ iaitu platform untuk mangsa membuat aduan.

‘Chatbot’ automatik dikenali sebagai Lapor Predator itu yang pertama di negara ini bertujuan menangani kes eksploitasi dan penderaan seksual dalam talian untuk yang berusia 18 tahun ke bawah.

Pengasas ‘Monsters Among Us’, Firzana Redzuan, berkata Lapor Predator adalah alat membuat laporan dalam talian untuk membanteras jenayah seksual kanak-kanak supaya mereka dapat melayari internet dengan selamat.

Katanya, ini kerana pemangsa seksual berada di mana-mana sahaja dan lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik COVID-19 apabila penggunaan internet meningkat mendadak.DISYORKAN UNTUK ANDA

“Jelas menunjukkan kanak-kanak masih tidak selamat ketika berada rumah dan luar rumah ketika gajet.

“Justeru, kanak-kanak menjadi mangsa jenayah seksual ini dialu-alukan membuat laporan menerusi Lapor Predator sama ada mahu menggunakan nama sendiri atau nama samaran bagi melindungi identiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Firzana berkata, mangsa boleh memilih untuk membuat laporan di Lapor Predator menerusi dua cara, iaitu secara automatik atau bercakap sendiri dengan pegawai bertugas.

Pengasas ‘Monsters Among Us’, Firzana Redzuan. - Foto NSTP
Pengasas ‘Monsters Among Us’, Firzana Redzuan. – Foto NSTP

Katanya, laporan yang diterima berserta bukti kukuh itu kemudian akan diserahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.

“Saya yakin apabila ramai mangsa berani tampil membuat laporan dengan cara ini, persekitaran internet akan menjadi lebih selamat daripada sebarang jenayah siber terutama terhadap kanak-kanak,” katanya.

Kajian menunjukkan Malaysia mempunyai jumlah tertinggi mengakses bahan penderaan kanak-kanak di Asia Tenggara dengan lebih 20,000 alamat Internet Protokol (IP).

Katanya, statistik yang membimbangkan itu menunjukkan kanak-kanak berisiko menjadi mangsa jenayah siber.

“Dengan adanya Lapor Predator wujud ruang selamat untuk kanak-kanak menjadi mangsa melaporkan jenayah terhadap mereka.

“Kita faham mungkin mangsa takut dan malu membuat laporan polis jadi dengan adanya Lapor Predator, saya berharap mereka akan tampil membuat laporan,” katanya.

Baru-baru ini ‘Monsters Among Us’ yang memerangi penderaan seksual terhadap kanak-kanak melalui advokasi, pendidikan dan pembabitan masyarakat, melancarkan Lapor Predator secara maya.

Sumber artikel diperolehi daripada Berita Harian Online

Uncategorized

Elak kanak-kanak murung menyendiri

Kemurungan dalam kalangan kanak-kanak perlu dirawat elak jadi senyap dan menyendiri. - Gambar hiasan
Kemurungan dalam kalangan kanak-kanak perlu dirawat elak jadi senyap dan menyendiri. – Gambar hiasan

KOTA BHARU: Di negara maju bertemu kaunselor atau ahli psikologi adalah perkara lumrah untuk mendapatkan khidmat perundingan apabila berhadapan masalah psikososial, namun agak berbeza di negara ini kerana masih ada yang melihatnya dengan pandangan sinis.

Masalah kemurungan melampau dialami kanak-kanak atau orang dewasa sepatutnya perlu mendapatkan rawatan bagi mengelak ia semakin parah.

Pakar Psikologi Klinikal Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azizah Othman, berkata Klinik Psikologi hospital itu menerima antara empat hingga lima pesakit setiap hari dalam kalangan kanak-kanak yang menunjukkan gejala kemurungan.

“Bagi kanak-kanak mengalami kemurungan, mereka akan menunjukkan perubahan melalui tingkah laku seperti memberontak, marah, atau sentiasa mengadu sakit yang tidak dapat dikesan puncanya, bermasalah di sekolah, atau hilang minat kepada apa-apa aktiviti dan selalu keletihan.DISYORKAN UNTUK ANDA

Orang dewasa sebaliknya pula menunjukkan tanda seperti berasa sedih, kurang selera makan, hilang berat badan dan menganggap hidup mereka tidak lagi berguna.

Kaedah terapi seni atau lukisan secara tidak langsung dapat membantu jika kanak-kanak murung. - Gambar hiasan
Kaedah terapi seni atau lukisan secara tidak langsung dapat membantu jika kanak-kanak murung. – Gambar hiasan

Bagaimanapun, kemurungan dalam kalangan kanak-kanak perlu dirawat kerana jika dibiarkan mereka akan menjadi lebih senyap, menyendiri, menjauhkan diri dari keluarga dan masyarakat, selain prestasi pelajaran terganggu.https://1453729c051b8185eee922e924d23ede.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-38/html/container.html

Perasaan risau, sedih atau takut adalah normal, contohnya anak rasa takut apabila ditegur guru kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Namun, sekiranya mereka menunjukkan tanda terlebih takut dan risau itu mungkin gejala awal gangguan keresahan sekali gus menyebabkan tekanan trauma serta fobia yang boleh mengganggu aktiviti harian.

Selain itu, kanak-kanak yang sukar untuk memberikan tumpuan berpotensi menghidap gangguan mental.

“Dalam hal ini penting ibu bapa mengetahui kesan atau tanda ini agar anak mereka boleh dirawat dengan segera.

“Di sebalik perubahan tingkah laku kanak-kanak yang mengalami kemurungan ada dalam kalangan mereka tidak bernasib baik seperti datang dari keluarga bermasalah, ibu bapa bercerai, berlaku konflik keluarga, kurang tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa, bapa mengabaikan tanggungjawab dan berlaku penderaan fizikal atau seksual”, katanya.

Beliau berkata, bagi membantu pesakit kanak-kanak, model terapi seni seperti lukisan dan mainan dapat membantu meneroka permasalahan mereka.

Dr Azizah Othman
Dr Azizah Othman

“Ini kerana tidak semua kanak-kanak pandai menceritakan masalah berlaku pada diri, malah mungkin tidak tahu bagaimana untuk menceritakannya.

“Jadi, melalui kaedah terapi seni atau lukisan secara tidak langsung dapat membantu semasa proses penceritaan seterusnya memudahkan lagi sesi merawat pesakit,” katanya

Sumber artikel diperolehi daripada Berita harian Online

Uncategorized

Pemohon vaksin AstraZeneca bakal dapat kemas kini janji temu hari ini

Pemohon vaksin AstraZeneca bakal dapat kemas kini janji temu hari ini
Pemohon vaksin AstraZeneca bakal mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera hari ini.

KUALA LUMPUR: Pemohon vaksin AstraZeneca bakal mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera hari ini berhubung kemas kini janji temu bagi tarikh pemberian vaksin masing-masing.Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin memaklumkan, kemas kini tersebut akan dibuat secara berperingkat sepanjang hari ini.Beliau juga meminta pemohon menghubungi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAVMY) untuk sebarang isu berkaitan janji temu itu.

Some people should be waking up to their AZ appointments in their MySj. These are progressively being pushed out throughout today. Any issues please reach out to @JKJAVMY.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 3, 2021Semalam, tidak sampai empat jam pendaftaran dibuka, seramai 268,000 pemohon vaksin AstraZeneca sudah selesai didaftarkan.Susulan itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOST) itu turut memohon maaf kepada rakyat yang tidak sempat mendaftar untuk mendapakan vaksin tersebut.Bagaimanapun, katanya, tambahan satu juta bekalan dos AstraZeneca akan tiba ke Malaysia bulan ini melalui inisiatif COVAX.