Arkib Berita, Masalah Pelajar, Pembangunan Sekolah, Pendidikan Khas, Perpaduan

Stimulating play for mentally-challenged children

Friday, October 29, 2010

By Naveen Mathew Menon

SUBANG JAYA: Recognising the
lack of public-funded sensory integration
centres to cater to the education
of children with special
needs, F&N Beverages Marketing
Sdn Bhd has invested over
RM80,000 in a maiden project at
Sekolah Kebangsaan SS19.For most children, sensory integration
is a naturally-occurring ability
that develops through childhood

activities. But those with cerebral
palsy, D ow n ’s Syndrome, autism,
mental retardation and other learning

disabilities need special stimul
at i o n .
The F&N Sensory Integration

Room is designed to help these students
improve their learning capabilities
and enable them to gain better
social, community, academic and
motor skills.
The F&N Sensory Integration

Room, which looks like any child’s
playroom, is equipped with the latest
apparatus and tools for the development
of special needs children.
It has a platform swing, a flexidisk,
a bolster swing, protective mats,
trampoline, bean cushions, rocking
board, target panel, sensory stimulation
kits and lots more.
The centre was set up by experts
hired by the company who are specialists
in learning disability to provide
30 children at the school with
innovative ways of learning to stimulate
their mental growth.
The F&N Sensory Integration
Roomwas officially opened on Tuesday
by Fraser & Neave Holdings
B hd ’s chairman Tengku Syed
Badarudin Jamalullail. Also present were Bajuri Abdullah, deputy director
of the Selangor State Education
Department and Datuk Kamal
Harun, national corporate affairs
manager for F&N Beverages Marketing
Sdn Bhd.
Kamal said the centre was devel –
oped with the objective of expanding
its community education programmes
for underprivileged children.
“We feel privileged that we are
able to contribute to a better future for these students. When quality education
is provided, there is a pos –
itive ripple effect that impacts the
community and our nation’s growth
for generations to come.
“While there may be similar privately-
run centres in operation, the
cost to attend one of these can be
quite prohibitive for the average income
family. Via the F&N Sensory
Integration Room, we hope to provide
more special needs children
with the tools to enhance their mental
and sensory abilities to maximise
their potential,” he said.
He added that each equipment
provides a sensory experience
which includes touch, movement,
body awareness, taste, sight, sound
and the pull of gravity that helps the
brain organise and interpret this infor
mation.
“Prior to this, the students were
involved in hydrotherapy, hypotherapy,
bowling, ice-skating and numerous
other sports-related activities
to help them with their coordination
and motor skills,” s ai d
Kamal.
“All we need to help these students
is available under one roof,” said
Rosidah Zakaria, the senior assistant
teacher for special education at
the school.
She has been working with special
needs children for 12 years.
“There are only a handful of other
schools that have sensory integration
rooms in the country.
“We are indeed blessed to be chosen
to have this centre and make a
difference in the lives of these children.

Read more: Stimulating play for mentally-challenged children http://www.nst.com.my/nst/articles/Stimulatingplayformentally-challengedchildren/Article#ixzz13iGghgYr

Arkib Berita, Peperiksaan, Perpaduan, Surat

Teknik interaktif pupuk minat sejarah

Jumaat , 29 Oktober 2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Teknikinteraktifpupukminatsejarah/Article

HASRAT Kementerian Pelajaran mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2013 ternyata satu tindakan bijak. Ketika bangsa kita kian lupa kepada asal usul sejarah negara, maka ada keperluan untuk memartabatkan ilmu ini dalam konteks masyarakat moden dan usaha ini adalah permulaannya.

Sejarah membuktikan bangsa berjaya adalah bangsa yang belajar daripada sejarah silamnya. Dalam konteks sebuah negara merdeka dan berdaulat seperti Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana kita mempunyai susur galur peradaban hebat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai sejarah agung sebuah empayar dihormati dunia satu ketika dulu.

Mengenai aplikasi subjek ini di sekolah, ternyata ia memerlukan pelaksanaan baru bagi mengikis tanggapan prejudis anak kita bahawa subjek Sejarah membosankan. Tanggapan ini adalah tanggapan purba. Dengan kecanggihan teknologi dan keterbukaan minda masyarakat moden, pendekatan yang lebih relevan dan fleksibel perlu diguna pakai bagi menjana modal insan cemerlang. Subjek Sejarah tidak harus dilihat sebagai subjek yang hanya mentelaah nota dan buku tebal di dalam kelas.

Masyarakat Eropah dan Jepun mendidik anak mereka melalui komik, video, filem, dokumentari, lakonan, puisi dan lebih yang efektif lagi melalui lawatan ke lapangan di tempat bersejarah seperti muzium dan tapak arkeologi.

Anak mereka diajar untuk menghargai, mencintai dan merasai keperitan dan kemanisan sejarah silam melalui pendekatan yang lebih realistik. Dalam satu lawatan saya ke Jepun, mereka mengajar sejarah pemerintahan Maharaja Hirohito ketika Hiroshima dan Nagasaki dibedil bom atom melalui senaskhah komik yang menyeronokkan.

Komik itu turut menyelitkan dialog bersifat patriotik dan memangkin semangat kebangsaan yang utuh. Hasilnya, lihatlah cintanya masyarakat Jepun kepada sejarah, seni dan budaya mereka lalu bangkit daripada keruntuhan empayar yang dahsyat.
Pendekatan yang bersifat interaktif mampu mengubah minda masyarakat, terutama pelajar untuk meminati dan ‘berinteraksi’ dengan sejarah. Pelaksanaan melalui pendekatan ini dilihat lebih menyeronokkan, bebas, terbuka dan lebih penting ia mengajar mereka untuk memahami dan belajar daripada sejarah.

Guru pula bertindak sebagai hakim dan memperbetulkan tanggapan pelajar sama ada betul atau salah sumber maklumat yang diperoleh itu, selain bertanggungjawab memastikan pelajar sentiasa menyuburkan minat terhadap subjek Sejarah.

Anak pada zaman pasca moden ini perlu membesar dan belajar daripada sejarah. Hakikatnya, bangsa berjaya adalah bangsa yang mengambil iktibar daripada sejarah dan tidak pernah melupakan asal-usulnya.

ZULFAZLAN JUMRAH,
Persatuan Penulis-Penulis Johor

Arkib Berita, Kurikulum, Peperiksaan, Perpaduan, Rencana

Mahu subjek Sejarah syarat wajib ke IPTA

29 Oktober 2010, Jumaat

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

SAYA menyokong penuh pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu subjek Sejarah wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2013. Ini adalah rentetan yang pernah disuarakan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya subjek Sejarah diwajibkan di sekolah rendah. Profesor Madya Dr. Shakila Yacob pula mencadangkan agar diambil satu pendekatan bersepadu dengan merombak atau menggantikan mata pelajaran Sivik dan Kajian Tempatan dengan pengajian sosial yang mengkaji masyarakat termasuk sejarah, sivik, geografi dan ekonomi. Dengan itu pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan menggantikan KBSR yang akan menjadikan Sejarah sebagai subjek teras di sekolah rendah pada tahun 2014.

Kepentingan subjek itu seharusnya mempunyai kesinambungan dari peringkat rendah hingga peringkat menengah dengan pelaksanaan yang lebih efektif. Justeru, subjek Sejarah perlu diberi tempat yang setaraf dengan bahasa Melayu. Dengan itu, ia bukan sahaja menjadi subjek teras tetapi sekurang-kurangnya perlu lulus untuk mendapat sijil SPM. Sekiranya, salah satu tidak lulus maka pelajar tidak layak mendapat sijil SPM.

Keduanya, ia menjadi syarat penting ataupun perlu kredit dalam SPM untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam, malahan diambil kira dalam permohonan ke jawatan Perkhidmatan Awam. Walaupun cadangan ini mungkin menimbulkan bantahan, tetapi kita harus melihat kepentingannya kepada negara. Kita harus sedar pembelajaran sejarah bukan hanya penghafalan fakta semata-mata tetapi perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas.

Menurut Dr. Shakila, sejarah dapat membangunkan common values dalam usaha melahirkan identiti bersama (shared identity) yang dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu sebagaimana matlamat wawasan 2020. Oleh itu, kefahaman sejarah boleh membantu pelajar menganalisis dan memahami perkembangan kontemporari atau politik masa kini, ideologi dan identiti sesuatu masyarakat.

Melalui pembelajaran Sejarah, kita berupaya membina integrasi nasional menerusi pemahaman murid mengenai sejarah dan tamadun bangsa.

Saya kemukakan tiga kepentingan pembelajaran sejarah, pertamanya memahami latar belakang negara. Ini termasuklah Perlembagaan, pembinaan sistem politik, sistem beraja, struktur kaum, agama, sosial budaya, bahasa dan sebagainya. Keduanya, menghormati hak setiap warganegara, terutamanya pemahaman kontrak sosial yang membawa kepada situasi menang-menang, contohnya orang Melayu mendapat hak istimewa tetapi kaum lain mendapat kerakyatan dan hak sebagai warganegara.

Ketiganya, rasionalisasi hubungan antara kaum. Maklumat dan fakta yang dipelajari dalam sejarah boleh mewujudkan pemikiran yang rasional antara kaum. Ini kerana sekiranya kita faham hak sebagai warganegara dan hak yang dijamin dalam Perlembagaan, maka kita tidak perlu rasa curiga antara kaum. Ini amat penting kerana sejak kebelakangan ini, ada pihak yang mula membangkitkan isu sensitif dan berunsur perkauman.

Kemelut ini membawa kepada peringatan dalam Mesyuarat Majlis-Majlis Raja Ke-215 yang menjamin hak istimewa Melayu dan hak sah kaum lain seperti yang terkandung dalam perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Malahan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke- 61 juga ditegaskan kepentingan pemahaman Perlembagaan Negara.

Rumusannya, saya tertarik dengan pandangan Prof. Datuk Shamsul Amri Baharudin dalam ulasannya mengenai peringatan Majlis-Majlis Raja, pentingnya dialog berterusan kerana rakyat Malaysia lebih suka tongue wagging not parang wielding, lebih suka bertikam lidah daripada berparang.

Justeru kefahaman sejarah dengan mendalam mampu melahirkan pelajar yang bukan menghafal semata-mata, tetapi mampu mencari kebenaran, berfikir dengan hujah yang konkrit dan rasional dalam pemikiran dan tindakan.

Sekiranya falsafah ini dapat diterap kepada pelajar, tentu kepelbagaian dan perbezaan yang wujud mampu menjadikan Malaysia sebagai bangsa yang hebat dan berjaya di dunia. Saya penuh yakin untuk membina negara bangsa Malaysia yang bersatu, pendidikan merupakan asas yang paling penting untuk melahirkan generasi yang bertoleransi, bekerjasama, saling memahami, hormat-menghormati dan rasa milik bersama dalam sebuah negara.

Ini adalah kerana secara pastinya selama 11 tahun pelajar berada di sekolah rendah dan menengah, kemudiannya menyambung lagi pengajian di peringkat diploma, ijazah, sarjana dan kedoktoran. Begitulah banyak masa untuk membina modal insan, sebelum bekerja di pasaran sama ada swasta, politik, kerajaan dan sebagainya.

Oleh itu, segala ilmu yang diberikan kepada pelajar seharusnya dapat membina identiti negara bangsa Malaysia. Seterusnya menanam rasa cinta terhadap negara dengan penuh ikhlas kerana inilah bumi kita berpijak dan merupakan tempat yang kita mencari rezeki dan nikmat keamanan.

Maka, wajarlah subjek Sejarah dimartabatkan bagi membina negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global.

Ahmad Fadzil Mat Min

Bahau, Negeri Sembilan

Arkib Berita, Buku Teks, Perpaduan, Surat

Ensure history lessons are effective

Wednesday October 27, 2010

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/27/focus/7302060&sec=focus

THE decision by the Education Ministry to make History (Sejarah) a core subject in primary schools from 2014 is a move in the right direction. The proposal makes sense in view of the importance of history and making it understood and appreciated by our young and future generations.

However, it is also important for steps to be taken to make the learning of history more interesting and not just making the students memorise historical facts.

I share the view of our historians and others that history must be more meaningful and appreciated by the students.

As such the Ministry must look into ways of achieving this objective so that our young generation will not be ignorant of history, particularly our struggle for independence and the importance of the Federal Constitution and the Rukun Negara.

Teaching history in our classroom must also be made interactive between teachers and students, allowing for engagement and discussions.

Visiting historical sites is essential so that the students will have a better understanding of what they learn.

The contents and quality of history books are also an important matter as they should reflect the contributions of all races who have helped in the struggle for independence as well as contributed to nation building.

TAN SRI LEE LAM THYE,

Kuala Lumpur.

Arkib Berita, Peperiksaan, Perpaduan, Sistem

Subjek perlu diperbaiki ketepatan fakta sejarah

Selasa , 26 Oktober 2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Subjekperludiperbaikiketepatanfaktasejarah/Article/index_html

GEORGETOWN: Subjek Sejarah yang akan dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2014, perlu penambahbaikan dari segi ketepatan fakta, bukannya mengekalkan unsur propaganda.

Fellow Penyelidik Kanan, Jabatan Sejarah Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya, Prof Emeritus Dr Ahmat Adam, berkata penafsiran dan penyampaian sejarah mesti benar seiring dengan penyelidikan bagi memastikan semangat nasionalisme dapat dicapai.

Katanya, terlalu banyak propaganda diselitkan dalam akademik terutama subjek Sejarah dan ini menyebabkan orang tidak suka atau tidak yakin hingga menolak subjek itu.

“Sejarah adalah kunci pimpinan nasional dan sudah sampai masanya kita tak boleh tamak, termasuk menggunakan satu sistem pendidikan yang dianggap sebagai rasis. Jangan sakiti bangsa lain, dan orang Cina harus ketepikan semangat itu.

“Contohnya, sejarah peradaban, Cina menganggap semua bangsa di dunia adalah babalion, malah kejahilan mengenai sejarah juga terjadinya seorang pemuda mempersindirkan lagu kebangsaan.

“Jadi, ia perlukan penambahbaikan, buang unsur propaganda,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada ‘Seminar Kebangsaan Sejarah Malaysia 1945-1957: Isu dan Perdebatan’ anjuran Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM) bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Arkib Negara Malaysia di USM di sini, semalam.

Seminar berkenaan dirasmikan Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Prof Datuk Abu Talib Ahmad.
Mengulas lanjut mengenai pelaksanaan mewajibkan subjek Sejarah, Ahmat berkata, sudah tiba masanya, malah patut dilaksanakan dulu lagi dengan mata pelajaran Sejarah mesti wajib diajarkan kerana ia akan membantu proses pembinaan nasional.

“Ia bukan saja wajib diajar tetapi wajib lulus supaya pelajar serius belajar dan menghayatinya,” katanya.

Arkib Berita, Masalah Guru, Masalah Pelajar, Perpaduan, Rencana, Sistem

Guru Sejarah perlu ada inisiatif

26 Oktober 2010, Selasa

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my

SILIBUS atau kurikulum subjek Sejarah yang terlalu membosankan kerana memerlukan pelajar menghafal dan mengingati tarikh-tarikh penting serta peristiwa perlu dipinda bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek itu lebih menarik dan menyeronokkan.

Mengalami sendiri pembelajaran subjek itu yang ternyata membosankan ketika di bangku sekolah menengah, penulis terpaksa banyak membuat hafalan terutama bagi mengingati peristiwa dan tarikh-tarikh penting.

Keadaan itu membuatkan pelajar hanya belajar untuk lulus peperiksaan sekali gus apa yang diajar oleh guru ‘hilang’ begitu sahaja sebaik sahaja melangkah keluar dari alam persekolahan.

Justeru, tajuk-tajuk penting terutama yang berkaitan perjalanan negara menuju era kemerdekaan yang boleh membantu meningkatkan jati diri dan semangat cintakan negara lenyap begitu sahaja.

Mengulas perkara tersebut, guru Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Ideal Height, Selayang, Selangor, Muni’izam Bey Mohammad, 34, berkata, untuk menjadikan P&P Sejarah lebih menyeronokkan dan sesuai dengan konsep education is fun sebagaimana yang disaran oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi, setiap guru Sejarah perlu mengambil inisiatif untuk menjadikan kelas Sejarah lebih menyeronokkan.

Beliau yang berpengalaman mengajar Sejarah untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga sejak empat tahun lalu berkata, pada awal mengajar subjek itu, beliau menggunakan konsep talk & chalk iaitu bercakap mengikut tajuk-tajuk tertentu di dalam kelas dan kemudian menulisnya di papan hitam.

“Saya lihat pelajar cepat bosan dan jika boleh mereka mahu kelas ditamatkan segera. Balik ke rumah, saya memikirkan apakah cara dan konsep yang boleh digunakan untuk menarik minat pelajar.

“Memandangkan saya suka bercerita, maka saya tukar kaedah pengajaran itu kepada konsep bercerita.

“Setiap topik yang saya ajar, saya akan menyampaikannya dalam gaya bercerita. Selepas itu, saya dapati minat pelajar semakin meningkat,” katanya yang merupakan graduan lulusan Universiti Sains Malaysia dan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi semalam berkata, kerajaan akan mengambil pendekatan baru untuk menjadikan subjek Sejarah lebih diminati, selain memasukkan aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur-unsur Perlembagaan di dalamnya.

Sebelum itu, kerajaan mengumumkan subjek Sejarah wajib lulus bagi memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013, manakala mengambil pendekatan menjadikannya subjek teras di sekolah rendah mulai 2014.

Mengulas lanjut, Muni’izam berkata, pendekatan lawatan ke tempat bersejarah juga merupakan satu idea yang menarik dan sesuai untuk murid sekolah rendah, mahupun pelajar sekolah menengah.

Katanya, lawatan itu akan memberi peluang kepada murid dan pelajar melakukan kerja lapangan.

“Ia bukanlah lawatan biasa. Ia lebih kepada kerja lapangan. Latihan praktikal akan lebih mudah diingati berbanding menyuruh pelajar menghafal dan mengingati peristiwa dan tarikh berkaitan tempat-tempat yang dilawati.

“Mungkin guru boleh ‘mengajar’ di lokasi yang dilawati untuk tempoh 10 atau 15 minit. Kuiz mengenai tempat-tempat yang dilawati pula boleh diadakan, misalnya di dalam bas dalam perjalanan pulang ke sekolah.

“Sediakan hadiah (kecil pun tak apa, misalnya hamper berisi makanan) kepada pasukan pelajar yang menang kuiz itu. Hamper itu pula boleh dikongsi bersama rakan-rakan lain, sekali gus dapat mengeratkan silaturahim pelajar. Saya lihat cara ini lebih menyeronokkan,” ujarnya yang sebelum ini bertugas sebagai guru Sejarah di SMK Padang Tembak, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Datuk Nik Mohamed Nik Mohd Salleh, pula berkata, inisiatif guru Sejarah diperlukan untuk memastikan pendekatan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran dapat menarik minat pelajar terhadap subjek itu.

Menurutnya, pihak kementerian sekadar memperkenalkan pendekatan itu dan langkah menjayakannya terletak di tangan guru.

“Sudah tiba masanya, kaedah P&P bagi subjek Sejarah diubah supaya ia tidak sekadar menekankan tarikh dan peristiwa penting semata-mata,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, aspek kewarganegaraan, patriotisme dan unsur Perlembagaan wajar diberi penekanan agar dapat menyediakan generasi muda yang lebih berwawasan dan cintakan negara.

Yang penting, katanya, guru mesti meminati Sejarah kerana jika tidak minat, bagaimana guru mampu mencipta sesuatu yang baru bagi menjadikan subjek itu sentiasa diminati.

Mengulas ada guru yang terpaksa mengajar subjek Sejarah kerana sekolah menghadapi masalah kekurangan guru subjek itu, Nik Mohamed mengakui ada guru Sejarah yang bukan opsyen subjek itu ditugaskan mengajar subjek tersebut dan mereka mengajar dalam keadaan terpaksa.

“Kalau sudah tak minat tetapi terpaksa juga mengajar, itulah yang menyebabkan pelajar cepat bosan.

“Saya harap, sama ada guru opsyen atau bukan opsyen Sejarah dapat dihantar mengikuti kursus, seminar atau bengkel berkaitan teknik, konsep dan gaya P&P yang mampu menarik minat pelajar,” ujarnya.

Beliau yang menyokong pendekatan baru yang diambil oleh kerajaan itu berkata, usaha memperkenalkan Sejarah khususnya perihal era negara sebelum dan selepas merdeka perlu dipupuk kepada murid sekolah rendah dan dikembangkan kepada pelajar sekolah menengah.

“Sudah sekian lama, sistem pendidikan kita tidak mempedulikan subjek Sejarah. Apa yang ditumpukan adalah subjek Sains dan Matematik yang mana ia hanya akan melahirkan golongan profesional yang tidak mempunyai jati diri,” ujarnya yang menegaskan masih belum terlambat untuk mendidik generasi muda agar meminati Sejarah.

Arkib Berita, Masalah Guru, Pembangunan Sekolah, Perpaduan

Wanita rep: Have more Malay teachers in vernacular schools

Sunday October 24, 2010

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/24/nation/7289309&sec=nation

MORE Malay teachers should be placed in vernacular schools besides speeding up the plan to introduce Mandarin and Tamil languages as a subject at national primary schools.

Wanita Umno representative Datuk Norhayati Omar said yesterday the number of Malay teachers in the schools were very low and this was impeding national integration.

She said there were only 2,945 Malay teachers in 1,291 Chinese schools and 523 in Tamil schools which represented an average of two to each school compared to 33,707 non-Malay teachers in 5,881 national schools, which was an average of six to each school.

“If at this level alone teachers are not given the opportunity to mix and interact among them, just imagine how the future generation will be like,” she said.

Norhayati said the Education Ministry need not wait for the reaction and feedback from the vernacular schools to implement the proposal.

Arkib Berita, Buku Teks, Peperiksaan, Perpaduan

Engage students with discussions and open the floor for questions, says Prof Khoo

Monday October 25, 2010

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/25/nation/7291064&sec=nation

PETALING JAYA: It would not be meaningful for students to study History if they merely regurgitate facts for the sake of examinations, said historian Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim.

“Teachers should open the floor to allow students to ask questions and engage in discussions during History lessons,” he said yesterday.

He was commenting on Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s announcement on Saturday that History would be made a must-pass SPM subject in 2013 and that it would also be a core subject in primary school starting 2014.

Prof Khoo was asked whether History would be just another subject that was studied for the sake of examinations.

He also lamented the fact that many students learned about the independence of the country but had never set foot on the site where the declarations were made.

“History lessons should not be limited to the classrooms,” he said.

“Instead, teachers should bring students to visit places such as the Sultan Abdul Samad Building and the National History Museum to let students experience for themselves what they have read in textbooks.”

In lauding the move, he said that it was long-awaited because the younger generation was getting more ignorant about the country’s history. Deputy Education Minister and MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said national unity was the main reason in making the subject a compulsory pass in the SPM.

“We want students and the rakyat in general to understand our history and the Federal Constitution,” he said.

Shah Alam MP Khalid Samad said appointing academicians and history experts without political ties was necessary if revamping of History textbooks was to be done responsibly and objectively.

Sejarah is not a scientific topic and can be coloured by those in the position to write it,” he said.

DAP adviser Lim Kit Siang said although History was an important subject, making English a must-pass subject could help local students to be more competitive globally.

“Even if it is made compulsory, our History books should reflect the multi-culturalism and diversity of all the races,” he said after attending the Johor DAP convention here yesterday.

Arkib Berita, Kurikulum, Peperiksaan, Perpaduan

Teliti dulu subjek Sejarah syarat wajib lulus SPM

Isnin , 25 Oktober 2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TelitidulusubjekSejarahsyaratwajiblulusSPM/Article

Oleh Syed Azwan Syed Ali
syedazwan@bharian.com.my

NGO mahu kerajaan fokus kaedah pengajaran, pembelajaran

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) mahu pengisian subjek Sejarah diteliti terlebih dulu sebelum ia dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 2013.

Ini bagi memastikan matlamat pembinaan negara bangsa melalui subjek itu dicapai dan pelajar bukan hanya menghafal tarikh untuk lulus peperiksaan tetapi tidak memahami dan menghayati apa yang mereka pelajari di bilik darjah.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata langkah mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat mendapat SPM akan menjadikan pelajar lebih serius dan mengambil perhatian terhadap subjek itu.

“Saya berharap perancangannya perlu berhati-hati, telus dan berhemah, serta tidak akan undur ke belakang.

“Ia kerana sejarah adalah roh bagi pendidikan warga negara, tanpa mengetahui sejarah maka warga negara itu akan buta sejarah, dan jika buta sejarah takkan tahu asal usul, menyebabkan individu itu tak tentu arah serta kabur masa depan negara,” katanya semalam.

Beliau mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kelmarin bahawa mata pelajaran itu akan dijadikan subjek wajib lulus dan subjek teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ketika ini elemen sejarah diajar dalam subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah sebelum diterapkan sebagai subjek teras di bawah KSSR bermula 2014.

Kenyataan Mohamad Ali disokong aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar yang mahu kerajaan memberi fokus kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah.

“Kaedah pembelajaran dunia bersifat ‘dari atas ke bawah’ kini dikritik dan ia seharusnya bersifat komunikasi dua hala melalui per-bincangan terbuka bilik darjah. Kaedah pembelajaran penting bagi memastikan pelajar memahami serta menerima apa yang diajar.

“Pada hemat saya, pengisian subjek itu perlulah lebih daripada sekadar menghafal tarikh untuk lulus peperiksaan dan lebih penting mereka memahami falsafah di sebalik subjek Sejarah yang bertujuan meningkatkan kefahaman di antara kaum di negara ini,” katanya.

Profesor Sosio-linguistik Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Teo Kok Seong, berkata penekanan dalam subjek Sejarah tepat pada masanya kerana sebilangan generasi muda kini semakin ‘buta sejarah’ dan ini dibuktikan melalui perdebatan beberapa isu seperti kontrak sosial tersirat dalam perlembagaan negara.

“Sebab itu kita nampak kontrak sosial dicabar terutama dalam media baru, nampak sangat mereka jahil mengenai sejarah,” katanya menegaskan sejarah Malaysia bukan bermula dengan kemerdekaan 1957, tetapi dengan Kesultanan Melaka sebelum itu yang gagal difahami, malah diputar-belit segelintir pihak.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof Zakaria Stapa, berkata penekanan sejarah penting dalam membentuk jati diri rakyat berbilang kaum dengan menghayati latar belakang dan perkembangan Malaysia yang bermula dengan sebuah kesultanan di Nusantara Melayu.

“Sejarah akan merungkaikan kenapa perlembagaan negara digubal begitu, adanya kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera dan pada masa sama hak kaum-kaum lain juga terbela,” katanya.

Arkib Berita, Kurikulum, Peperiksaan, Perpaduan

Kaedah baru ajar Sejarah

Isnin , 25 Oktober 2010

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KaedahbaruajarSejarah/Article/

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Badrul Hizar Ab Jabar
bhnews@bharian.com.my

Drama, lawatan elemen pembelajaran diperkenal 2014 elak murid bosan

AYER KEROH: Sejarah yang menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan menerapkan unsur kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan bagi memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pengenalan mata pelajaran Sejarah akan menggunakan konsep ‘pendidikan itu menyeronokkan’ membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama.

Katanya, semua aspek yang akan digunakan itu amat sesuai bagi mengelakkan murid sekolah rendah bosan ketika menghadapi pelajaran serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran di sekolah.

“Kementerian akan memastikan mata pelajaran Sejarah tidak diajar sehingga membosankan murid dan oleh sebab itulah pendekatan kerja sampingan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama diperkenalkan.

“Elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami oleh semua golongan masyarakat, terutama generasi muda,” katanya selepas menutup Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Ke-22 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md Amin, dan Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohd Arsad.
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, mata pelajaran Sejarah perlu untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan anak bangsa, selain memastikan mereka memahami asal usul supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan apabila dewasa kelak.

“Keputusan yang dibuat oleh kerajaan ini adalah berasaskan kepada kehendak rakyat sendiri yang melihat aspek sejarah itu amat penting.

“Pembelajaran mata pelajaran itu dari awal pasti memberi impak positif yang memudahkan setiap rakyat menerima diri masing-masing atas paksi di bumi nyata. Pendidikan sejarah amat penting dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,” katanya.

Sementara itu menjelaskan lanjut berhubung pelaksanaan Sejarah bagai mata pelajaran teras dalam KSSR, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, selain Perlembagaan, murid juga akan didedahkan kepada peristiwa penting tanah air seperti kemerdekaan, mengenali tokoh tempatan dan latar belakang masyarakat di negara ini menerusi mata pelajaran itu.

“Bagaimanapun, kurikulum subjek ini di sekolah rendah akan lebih menjurus kepada sukatan asas serta mudah, dan bukan fakta berat seperti pada peringkat sekolah menengah.

“Kementerian akan membuat penyusunan supaya tidak berlaku pertindihan kurikulum antara mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan kelak. Namun, penentuan sama ada mata pelajaran teras ini dilaksanakan mulai Tahun Satu atau Tahun Empat masih dalam perbincangan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Alimuddin berkata, langkah melaksanakan Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah rendah juga akan membantu persediaan murid selari keputusan Kementerian Pelajaran untuk menjadikannya subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

Dalam konteks ini, beliau berkata, persediaan akan dilakukan untuk membantu guru melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik supaya pelajar mampu menghayati serta menguasai subjek teras itu dengan berkesan bagi menghadapi peperiksaan SPM.

“Keputusan itu (wajib lulus Sejarah dalam SPM) bukan semata-mata disebabkan timbulnya pelbagai isu (berkaitan) kebelakangan ini, tetapi kerana pengetahuan Sejarah amat penting untuk melahirkan warga bertanggungjawab, ada jati diri dan bersatu padu,” katanya.